” Cantiknya rumah, segenap ruang deko tu tersusun je. Perfect.. ” – Netizen

Tya Arifin Kongsi Video House Tour Rumah Barunya. Wahhh Cantik Sungguh Dekorasi Tya, Tangan Berseni Betul. Dah Boleh Jadi Interior Designer Ni. Part Tandas Tersembunyi Tu Memang Wow Sangat !! 

Siapa tidak kenal dengan nama Tya Arifin. Selebriti yang berasal dari negara jiran Indonesia ini mengahwini anak kepada Datuk Seri Khalid Jiwa, Asyraf Khalid. Sudahpun dikurniakan dua orang anak iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa. Tya telah berhijab sepenuhnya beberapa bulan yang lalu.

Aktif dalam perniagaan jamunya, Tya semakin menawan dengan imej hijabnya itu. Lihat sahaja perkongsian Tya di Instagramnya, wajah mereka sekeluarga sering kelihatan ceria dan bahagia. Sering berkumpul bersama keluarga besar Asyraf, setiap keraian dan majlis istimewa pasti menjadi meriah.

Tya juga akrab dengan Izara Aishah yang merupakan isteri kepada adik Asyraf, Adib Khalid. Setiap kali berkumpul, gelagat mereka pasti menjadi perhatian. Dato’ Siti Nurhaliza juga nampak sekepala dengan menantu-menantunya ini. Alahai cantik-cantik semuanya.

Meninjau akaun Instagram milik Tya, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan house tour rumah barunya. Tya yang menghias dan menyusun semuanya sendiri. Nampak kemas sangat siap ada ruangan istimewa lagi. Ruangan tersembunyi pun banyak. Kreatif betul ibu Arif ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Tya ini buat peminat memuji kreativitinya menghias. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknya rumah. Segenap ruang deko tu tersusun je. Perfect.. “

” Alhamdulillah. Tahniah to u and your hubby.. “

” Videonya over exp0sure. X jelas sgt every detail. Tpi overall cantiknyaa tya design rumah.. “

” Indahnya rumah persis pemiliknya. Kemas sangat.. “

” Pandai tya arifin decorate rumah. Lepas ni boleh jadi interior design pula.. “

” Sudah abis nonton…. pndai tya deko…. rumah Mcm orgnya juga cantik.. “

Pemilihan warna dan susun atur perabot yang sangat sesuai. Bijak Tya bermain dengan warna, jadi tenang dan menyenangkan suasana rumah sebegini. Apa pun, rumah yang cantik dan keseluruhan dekonya juga indah. Terbaik Tya. Semoga Tya semakin success dalam perniagaan dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Aamin

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Arifin, Youtube Channel Tya Arifin TV

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..