” First time dengar orang laki nyanyi lagu Tokti sedap. Lemak merdu.. “

Khai Bahar Cover Lagu Dato Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia Dan Seribu Kemanisan Buat Netizen Terlop0ng. Merdunya Versi Lelaki !!!

Muhammad Khairul bin Baharuddin atau nama komersilnya Khai Bahar bukanlah nama asing dalam dunia hiburan. Mula dikenali menerusi aplikasi Smule, aksi nyanyiannya mencuri perhatian netizen dan digelar King o Smule. Khai dilahirkan pada 28 Februari 1994 di Perlis.

Sebelum bergelar artis rakaman, Khai merupakan penyanyi busker di Kuching Sarawak. Sering memuatnaik lagu-lagu cover nyanyiannya di saluran Youtube miliknya iaitu Channel Muhamad Khairul. Setelah namanya melet0s di Smule, Khai mendapat tawaran untuk merakamkan album di bawah syarikat rakaman NAR Records.

Antara single Khai yang menjadi siulan peminat ialah ‘ Bayang’, ‘Luluh’, ‘Jodohku’ dan ‘#123’. Khai mendapat peluang keemasan untuk bergandingan suara dengan penyanyi tersohor Malaysia Dato Siti Nurhaliza menerusi lagu berbentuk zikir ‘ Cinta Syurga’ .

Menerusi akaun Instagram, Khai Bahar telah berkongsikan video rakaman yang memaparkan beliau menyanyikan lagu-lagu popular Dato Siti Nurhaliza sempena hari kelahiran idolanya itu. Khai membawakan lagi Biarlah Rahsia dan Seribu Kemanisan dengan penuh penghayatan. Merdu betul lagu Tokti edisi lelaki ni.

Jom tonton video di bawah :

” Happy Birthday Tokti.. “

” Happy birthday to the one and only kak iti @ctdk … Semoga Allah sentiasa memberkati, melindungi dan memberikan kesejahteraan buat kak iti sekeluarga … Aamiin. Teruskan mewarnai, berkarya dan menginspirasikan kami semua.. ”

Rata-rata netizen terhibur mendengar dendangan suara Khai ini. Antara komen-komen netizen :

” Kan best kalau birthday tokti hari-hari dapatla khai keluar buat cover song hari-hari haha.. “

” Sedapnya suara khai.. “

” Uissshhh sedapnyaaaa suaraaa.. “

” Khai Bahar bawak lagu ni sedap.. “

” Haish suare tak pernah tak sedap.. “

” Sedapppp nyeeeee nyanyiiiiiii @khaibahar94 rasa nak makan.. “

” Happy birthday @ctdk.. Waa.. Sedapnya Khai.. “

” Tiap tahun bila tiba birthday tokti memang dok tunggu khai buat cover lagu-lagu tokti.. Bestnya.. Thanks khai dan happy birthday tokti @ctdk.. “

” Khai nyanyi lagu tokti tak pernah tak sedap.. “

” Khai Bahar sedap soqa hang noh.. First time dengaq oqang laki nyanyi lagu tokti sedap… Lemak merdu.. “

Sedap betul mendengar lagu Tokti versi lelaki. Memang merdu bak buluh perindu suara Khai ni. Jarang-jarang suara lelaki boleh cover lagu Tokti sebegini sedap. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Tokti dan buat Khai semoga semakin berjaya dan cemerlang di tahun 2020 ini.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG khai bahar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..