”  First artis buat Henna Night after nikah day. Selalu henna before nikah.. “

Farah Nabilah Kongsi Gambar-Gambar Sekitar ‘Mehdi Night’ Yang Bertemakan Arabian. Wahhhh.. Cantik Sungguh Farah Seperti Bidadari !!

Belum lagi habis dengan kemeriahan majlis perkahwinan pelakon, Farah Nabilah dengan seorang juruterbang, Mohamad Amirul. Selepas selesainya majlis akad nikah yang berlangsung pada malam 20 Disember, pasangan pengantin meneruskan dengan dua lagi majlis pada keesokan harinya.

Pada 21 Disember, Farah atau lebih dikenali sebagai Fawa telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersama suaminya serta adik-beradik pada siang hari. Pada sebelah malamnya pula, pasangan pengantin mengadakan majlis malam berinai dengan menggunakan khidmat perancang perkahwinan yang sama iaitu Reka Teemor.

Majlis resepsi belah pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Grand Dorsett, Subang dan majlis pihak perempuan bakal dilangsungkan pada 5 Januari di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Semoga majlis-majlis seterusnya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Menerusi akaun Instagram, Farah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis malam berinai yang berlangsung semalam di Neo Event Hall, Damansara Perdana. Bertemakan Arabian Night, Farah dan suami nampak berseri-seri dengan pakaian seperti Princess Jasmine dan Aladdin.

” Live Update Mehndi Night of Amirul Yunus & Farah Nabilah.. “

Rata-rata peminat terkes1ma melihat kecantikan dan ketampanan pasangan pengantin ini. Antara komen-komen mereka :

” Cantik bak hang… “

” Princess Jasmin and Aladdin.. “

” Cantik sgt akk.. Mcm bidadari jat0h dr langit.. “

” Sama cantik pasangan ini.. “

” Ni ke Jasmine dan Aladdin Malaysia. Congrats Fawa dan husband.. “

”  First artist buat hennanight after nikahday.. Selalu henna bfore nikah.. Dats y i like u fawa .. “

” Cantiknya Fawa.. “

Antara gambar yang dikongsi Farah di akaun Instagramnya :

 

Pastinya peminat-peminat Farah Nabilah masih tak boleh move on lagi dengan kemeriahan majlis perkahwinannya. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Farah dan Amirul serta selamat pengantin baru. Semoga jodoh anda berkekalan sehingga akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Nabilah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..