” Fiderman pun diet noh, Jebat ni memang lawak lah.. ” – Netizen

Video Perbualan Rosix Omar Menyakat Jebat Jayden Ketika Sedang Membeli-Belah Buat Ramai Terhibur. Amboi Kemain Semangat Yer Jebat Pilih Makanan Diet. Gigih Tujuk Kononnya Badan Dah Kurus, Lawak Lah Jebat Ni !!

Si cilik popular yang diberi nama sebagai Jebat Jayden ini juga sering mencur1 perhatian peminat. Cahaya mata kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noornabila turut menghiburkan ramai dengan video-video gelagat comelnya.

Terbaru, menerusi akaun Instagram Rosix Omar telah berkongsi satu video yang memaparkan Rosix dan Jebat sedang membeli-belah bersama. Ketika video sedang dirakam, Rosix telah bertanyakan apa makanan diet Jebat.

Jebat yang ketika itu sedang meletakkan kotak makanannya di dalam troli telah menunjukkan makanan tersebut kepada Rosix. Bukan itu sahaja, sempat Rosix menyakat Jebat dengan menyatakan yang Jebat sekarang sudah kelihatan kurus.

Malah Jebat juga telah membuat gaya badannya dengan mengempiskan perut untuk membuktikan dirinya sudah kurus kepada Rosix. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet dan hingga kini telah menerima lebih 2,300 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan gelagat Jebat dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Fiderman pun diet noh, Jebat ni memang lawak lah kalau bercakap, hehe. Kejap ja dah besar budak comel ni.. “

” Alah fiderman takyah diet dh comei, hahah Rosix kalau tak menyakat memang tak sah, manjahhhhh.. “

” Budak bijak, anak soleh mummy n baby ni. Jebat dah tak payah diet, Jebat dah comel badan mcm tu.. “

” Baby Jebat comel, comel dengar Jebat cakap, memang bijak betul Jebat ni siap pakej kelakar, hehe.. “

” Amboi Jebat hahaha. Cute lah anak Sharnaaz ni, meamng gaya sebiji macam Sharnaaz, muka je ikut mummy.. “

” Anak baba dan mommy Jebat la, nasib baik Jebat  tak tanya blk soalan Rosix. Kalau tak nay4, hahaha.. “

” Hehehe fiderman kuat. Suka betul lah dengan fiderman. Lagi comel kalau Jebat pakai kostum fiderman, haha.. “

Jebat mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ramai yang suka melihat telatah comel Jebat. Baru saja berusia empat tahun, sudah petah bertutur dan Jebat sangat minat dengan Spiderman sehingga dibeli gelaran ‘Fiderman’ oleh ibu dan bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG rosixomar, jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..