” Feeling habis tu dia.. “
Video Aaisyah Dhia Rana Menyanyi Lagu Siti Nordiana Menarik Perhatian Netizen. Siap Lentok-Lentok Lagi. Wah, Pandai Menghayati Lagu !!
Aaisyah Dhia Rana merupakan salah seorang si cilik yang sering menjadi perhatian netizen di media sosial kerana wajahnya yang comel dan cantik. Aaisyah juga turut menpunyai ramai pengikut di akaun Instagram. Kebanyakan akaun Aaisyah yang wujud dibuat oleh para peminatnya.
Aaisyah merupakan anak kepada pasangan selebriti terkenal si cantik manis Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin. Dia dilahirkan pada 1 November 2014 dan kini sudah pun berusia 6 tahun. Aaisyah mewarisi kecantikan daripada ibunya dan kekacakan bapanya.
Aaisyah merupakan anak ketiga buat Che Ta dan anak sulung buat Zain. Aaisyah mempunyai dua orang abang yang sudah meningkat remaja iaitu Ammar Efendi dan Aniq Ezra. Gelagat dan telatah Aaisyah selalu dikongsi oleh ibunya di media sosial sejak Aaisyah masih kecil lagi.
Menerusi entri terkini akaun Instagram, video Aaisyah menyanyikan lagu Siti Nordiana telah dimuatnaik. Aaisyah menyanyi sambil mengikut rentak lagu tersebut di radio. Dengan gaya meliuk-lentok dan bergoyang telah menarik perhatian netizen.
” Salam good morning uolls lentok habis Aaisyah pagi ni “
Seperti selalu, kecomelan Aaisyah sering menjadi perhatian. Antara komen-komen netizen :
” Feeling habis tu dia.. “
” Si comel da pandai menghayati.. “
” Cute girl suka frozen ye.. “
” Halah3x tomeyynyaaa mcm @sitinordiana jugak “
” Cantiknya aisyahh.. “
Wah, pandai Aaisyah menyanyi walaupun agak malu-malu. Dah besar nanti nak jadi penyanyi ke Aaisyah ? Semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang membanggakan kedua ibubapa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..