” M4ti-m4ti aku ingat yang pakai spec tu Kang Gary tau.. “

Sean Lee Kongsi Gambar Bersama Adik-Beradiknya Namun Wajah Adiknya Menjadi Perhatian Netizen Kerana Seiras Artis Korea, Kang Gary. Perghhh, Memang Sebiji !!

Sean Lee Jia Ern juga dikenali sebagai Sean LJE atau Sean Lee merupakan seorang personaliti YouTube, pengacara majlis dan pelakon. Sebelum menyertai bidang seni, Sean aktif sebagai pencipta isi kandungan untuk YouTube sejak tahun 2013.

Sean mula dikenali ramai apabila membawa watak Joe dalam drama bersiri Keluarga Pontimau pada tahun 2015. Namun namanya semakin mel0njak naik apabila beliau membintangi drama Sweet Dream di samping Mira Filzah dan Ben Amir.

Selain berlakon, Sean juga turut menjadi pengacara dalam program kegemaran ramai iaitu I Can See Voice Malaysia Musim Kedua di TV3 bersama Shuk. Sean juga mempunyai Diploma Seni dan Persembahan daripada Kolej Sunway. Wajahnya yang tampan sering menjadi perhatian ramai.

Menerusi akaun Instagram, Sean berkongsi gambarnya bersama adik-beradiknya. Sebelum ini, Sean tidak pernah menunjukkan gambar-gambarnya bersama keluarga. Ini merupakan kali pertama beliau menayangkan kepada umum.

” Rare photo of my siblings and i, even more my brother; I’ve never seen this side of him.. “

Rata-rata netizen menyatakan wajah adik Sean seiras selebriti Korea tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Your brother look like K-drama  actor, Kim Rae Won.. “

” Untung adik dia dpt abg hensem.. “

” Semua muka lain tp tetap sm g1la-g1la.. “

” Mati2 aku ingat yg pakai spec tu Kang Gary tau.. “

” Ingat Kang Gary td.. “

” Macam Kang Gary la.. “

Sememangnya sekali pandang ada seiras Kang Gary yang popular dalam rancangan Running Man. Kami di Berita Kopak mengucapkan semoga Sean Lee terus berjaya dalam dunia hiburan tanah air. Teruskan menyinar dalam lakonan dan berikan yang terbaik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sean Lee by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..