” Fatima growing pretty, manja betul dengan daddy.. ” – Netizen

Video Terbaru Nur Fazura Dan Fattah Amin Membawa Anak Mereka, Nur Fatima Aisya Ke Zoo. Alahai Manja sungguh Nyanma Dengan Daddy Yer. Makin Besar Makin Comel Lah Nyanma !!

Nu Fatima Aisya anak kepada selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin turut mempunyai ramai peminat seperti kedua-dua ibu bapanya. Ada sahaja video mahupun gambar terbaru mengenai Fatima pasti akan dikongsikan oleh para peminat di media sosial.

Terbaru meninjau di Instagram milik akaun Gallery MZ Drama telah dikongsikan beberapa video baru yang memaparkan Fazura dan Fattah membawa Fatima ke Zoo. Bukan Fatima sahaja, malah sepupu-sepupunya juga ada bersama.

Dalam video pertama, Fazura telah merakamkan kenangan saat berada di atas tram. Manakala dalam video kedua pula Fatima sedang jalan berpegangan tangan dengan sepupu-sepupunya yang lain. Manakala menerusi video lain, kelihatan Fatima sedang diduk0ng oleh Fattah melihat harimau.

Jelas kelihatan Fatima begitu seronok ketika pergi ke Zoo dan telatahnya yang comel menarik perhatian netizen. Ada yang menyatakan Fatima sekarang semakin cantik dan manja dengan daddynya, Fattah.

Jom tonton video-video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji love menandakan suka melihat video terbaru Fatima ini. Satu komen menarik adalah :

” Fatima growing pretty, manja betul dengan daddy.. Comel tengok Fatima dengan cousin2 dia, hehe bergaya.. “

Alahai memang manja sangat Fatima, lagi-lagi video Fatima tengah tengok harimau tu. Memang anak daddy sangat lah Fatima ini. Part video dengan mummy pun comel. Bila sudah letih sangat, pandai cakap dekat mummy kata mengantuk.

Seronok tengok cara Fazura dan Fattah mengisi masa lapang bersama anak mereka. Pejam celik. pejam celik, Fatima semakin besar. Apa-apa pun semoga keluarga ini terus bahagia bersama dan semoga Fatima terus membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG gallerymzdrama

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..