” Eyyyyy suara macam abang Yusuf.. ” – Netizen

Video Alisa Aisyah Menyebut Perkataan Ringkas Buat Ramai Terhibur. Wahhh Dah Pandai Bergurau Alisa Sekarang, Comel Sangat Gelak Ketawa Tu !!

Sudah menginjak usia setahun, puteri kesayangan Hairul Azreen ini semakin bijak dan pintar. Alisa Aisyah, si comel bermata bulat yang namanya sebaris anak selebriti terkenal lain. Wajah comelnya itu manis dipandang apatah lagi sejak Alisa sudah mula belajar bercakap.

Anak yang aktif dan ceria, Alisa sering menghiburkan hati kedua ibu bapanya ini. Gaya Alisa hampir sama seperti abangnya Yusuf ketika kecil cuma yang membezakan mereka adalah Alisa lebih lasak berbanding Yusuf. Suka memanjat dan explore segala ruang di rumah, Alisa membesar dengan tumbesaran yang positif.

Sudah mula pandai mendengar dan memahami arahan, Hanis mula mengajar Alisa menyebut perkataan-perkataan mudah. Alisa yang mengikut beberapa patah perkataan di awalnya akhirnya membuat gelagat lucunya dan kemudiannya tersenyum dan ketawa.

Menerusi akaun Instagram Alisa Aisyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Alisa mengikut Hanis menyebut beberapa patah perkataan. Alisa yang sudah memahami setiap kata ibunya ini membuat aksi dan ketawa yang comel.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Pandai bergurau 🤣

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Gelagat Alisa ini mendapat perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :

” Suara macam yusuf.. “

” Semua suara serak haha comey ikut siapalah ni.. “

” Suara sama macam yusuf. Cepatnya besar.. “

” Cutenya awak alisa aisyah.. “

” Suara nk lebih kurang je dgn abg dia.. “

” Eeeee ape yang comel sangat kau niiiii haa budak kecikkkkk.. “

” Suaraaaa sama ngan yusuf time kecik aaaaa.. “

” Alisa with yusof voice.. “

” Yusuf versi girl, the voice hampir sama.. “

” Eyyyyy suara macam abang yusuf.. “

” Dia dah salah pastu gelak je.. “

Comel sungguh gelagat Alisa ni. Gelak ketawanya itu lagi buat ramai ger4m. Alhamdulillah sudah semakin bijak si comel ini sama macam abang Yusuf. Apa pun, semoga Alisa membesar dengan sempurna dan dilindungi Allah sentiasa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..