” Tak pernah pernah hos catwalk kaki ayam.. ” – MeleT0P

Elly Mazlein Buat Sejarah Pertama Dalam Rancangan MeleT0P. Ini Betul-Betul Hos Jemputan Paling Semp0i. Aduhai Kak Lina Kelakar Sungguh !! 

Malam Selasa pasti dinanti-nantikan peminat rancangan hiburan MeleT0P untuk menyaksikan isu menarik dan terkini dalam dunia hiburan. Menampilkan Nabil Ahmad sebagai hos utama, minggu ini Nabil digandingkan sekali lagi bersama penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein.

Sudah beberapa kali bergandingan, keserasian Nabil dan Elly menarik perhatian penonton. Kedua-duanya penuh jenaka dan saling menceriakan suasana. Ada sahaja lawak mereka baik daripada Nabil mahupun Elly bermula dari permulaan program sehingga selesai semuanya.

Episod kali ini melakar memori baru buat Elly apabila tali kasut yang dipakai Elly terputus ketika beliau mula berjoget ketika menyanyi bersama Azmi Caliph Busker. Bijak mengawal keadaan, Elly spontan membuat lagak catwalk tanpa berkasut dan berkaki ayam. Tergelak Nabil dibuatnya !!

Menerusi akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Elly setelah kejadian tersadung kaki ketika berduet bersama Azmi. Elly yang dengan selamba membuat catwalk dengan berkaki ayam membuat Nabil ketawa. Partner paling ‘masuk air’ kali ni nampaknya.

Jom tonton video di bawah :

Aksi Nabil dan Elly yang tidak mampu menahan ketawa mereka setelah kejadian tersadung kasut terjadi. Gelak besar nampaknya Nabil.

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen mereka :

” Lucu lh kak pompom.. sak1t perut gelakkkk.. “

” Semp0t aku gelak woii… Jah4nam hahahahah.. “

” Adoiiii kak lina pom pommm betol pec4h perot tengok! steadyyyy.. “

” Terbaek kak lina !! We like !!.. “

” Slalu tgok tggi tetiba barini tgok rendah hahahahahah.. “

” Relaknya … kak lina.. tak pan1k pun. selambe je.. “

” Dia langg4r je show. Hahahahaha win gil4 dia handle situation. siap catwalk.. “

Memang meriah sungguh MeleT0P edisi Kak Lina Pom Pom ini. Ada sahaja yang akan menjadi viral setiap kali menjadi hos jemputan. Lawak spontan bersahaja yang mencuit hati ramai. Semoga Elly terus berjaya dalam kerjaya dan terus menghiburkan ramai dengan aksinya itu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG MeleT0P, IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..