Emma Maembong Bakal Akhiri Zaman Bujang Pada 20.02.2020 Ini ?
Desas Desus Pernikahan Emma Maembong Bersama ‘Mr S’ Tular. Tahniah Emma, Selamat Berbahagia !!
Pelakon cantik manis berkulit putih Emma Maembong bukanlah nama baru dalam dunia seni. Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail dilahirkan di Kuala Terengganu pada tanggal 27 Mac 1992. Namanya mula dikenali setelah lakonannya di dalam drama Projek Memikat Suami dan Tersuka Tanpa Sengaja trending menjadi tontonan antara yang tertinggi di antara drama lain.
Lakonannya yang mantap dan berkesan membuatkan namanya semakin bersinar sebaris dengan pelakon terkenal yang lain. Drama Cemb0ru Seorang Perempuan yang menggandingkan Emma bersama Amar Baharin dan Amyra Rosli kembali membuatkan namanya jadi sebutan.
Menyingkap kehidupan peribadinya, Emma adalah anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik. Pernah menjalinkan hubungan bersama pelawak Zizan Razak dan pelakon Kamal Adli namun hubungan mereka tidak kekal lama. Emma juga pernah dikaitkan dengan jejaka kacak bernama Syed Abdullah, abang kepada YB Syed Saddiq.
Menurut laporan daripada Harian Metro, Emma dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan kekasih hati yang dikenali dengan nama Mr S pada hari Khamis ini, 20 Februari 2020. Difahamkan jejaka pilihannya itu merupakan seorang juruterbang dan bukan lah lelaki yang pernah dig0sipkan dengannya sebelum ini.
Patutla semakin berseri-seri Emma kebelakangan ini. Rupa-rupanya sedang dilamun cinta. Wajah yang penuh dengan kebahagiaan terpancar gituu.
Sehingga kini Emma masih belum mengesahkan berita ini. Jika benar, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah dan semoga ikatan yang bakal terjalin dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke jannah. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Emma. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Myhmrap, IG Emma Maembong by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..