” Ella tiada pengganti, Ella is Queen of Rock.. ” – Netizen

Video Ratu Rock Malaysia, Ella Menjawab Isu Padam Semua Posting Di Instagram Raih Perhatian Warganet. Macam Bagi Hint Sesuatu Lah, Apa-apa Pun Semoga Segala Urusan Ella Dipermudahkan !!

Bagi sesiapa yang mengikuti Instagram Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin pasti tahu beberapa hari lalu, Ella telah memadam semua posting di akaun Instagram miliknya. Menerusi 1 posting terbaru, Ella telah memberikan kata ucapan terima kasih buat para peminat untuk 35 tahun.

Selain itu, Ella turut memuatnaik satu video yang memaparkan Ella telah menghasilkan sebuah buku yang menceritakan sebuah kisah perjalanan hidupnya dari awal bergelar penyanyi yang bertajuk ‘Rocker Juga Manusia’ .

Ella juga bakal mengadakan konsert terakhirnya yang diberikan nama sebagai ‘Jilid Akhir Ella Putri Kota’ . Selain itu, menerusi akaun Instagram radio Sinar, telah berkongsi beberapa video Ella menjawab beberapa soalan tentang konsert dan isu memadam semua posting di akaun Instagram pada sidang media.

Jelas Ella secara ringkas, ianya adalah tanda terima kasih kepada semua peminat yang tidak pernah henti menyokong kerjayanya sejak dahulu. Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian warganet.

Jom tonton video-video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan dalam masa yang sama, mereka meneka Ella bakal berundur dalam bidang nyanyian setelah mendengar kenyataan Ella kepada wartawan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ella tiada pengganti, Ella is Queen of Rock.. Rasanya Ella nak berehat fokus pada kehidupannya.. Semoga segalanya dipermudahkan.. “

” Semoga Allah sentiasa merahmati Kak Ella dan family dgn kesihatan yg baik dan kebahagiaan dunia dan Akhirat.. Aamiin Ya Rabbal Alaminn.. “

” From a page to another page, bringing back my memories too. Membesar bersama lagu2 kak Ella jugak, time tu saya sekolah rendah lagi.. Selamat berehat Kak Ella.. “

” Alahai Ella dah tak nak nyanyi ke ? Cara dia cakap tu macam bagi hint je, tapi kias2 cakap.. Rasanya betul lah.. “

” My favorite artist.. Congratulations n Happy Anniversary Ella yangg ke 35 tahun, semoga segalanya dipermudahkan.. “

 ” Salam kak EL apa jua keputusan kak EL… Adalah yg terbaek buat kami… Terima kasih kak EL kerana telah menghiburkan kami sedunia selama lebih 35 tahun tanpa mengecewakan kami semua.. You are a champion among the best.. “

” Terima kasih utk semuanya dear Ella… Maybe Keputusan utk stop dlm hiburan maybe Ella fokus utk live ke arah yg lebih baik dan terbaik.. “

Mungkin Ella ada alasan kukuh jika benar dirinya ingin mengundur dari industri seni. 35 tahun adalah masa yang cukup lama sebenarnya Ella bergelar seorang penyanyi. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat Ella, semoga segala urusannya dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ellaaminuddins, sinar_my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..