” Dulu skema je bila segmen ni, tahun ni siap berlari-lari dekat pentas tu. Haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Elly Mazlein Dan Nabil Ahmad Ketika Slot Ada Lagu Ada Lagi Buat Penonton Terhibur. Amboi Happy Kemain Dapat Lagu Yang First Tu. Lawak Lah, Memang Pen1ng Cameraman GV Kali Ni. Hyperaktif Betul Masing-Masing !!

Pada setiap Konsert Gegar Vaganza, segmen dinamakan sebagai Ada Lagu Ada Lagi pasti meriah dengan sorakan daripada semua penyokong artis yang bertanding. Peserta yang mendapat lagu akan berjaya ke konsert minggu berikutnya.

Meninjau akaun Instagram Cepat Berita, telah dikongsikan suasana ketika segmen ini sedang berlangsung. Pada paparan skrin, ditunjukkan lagu yang bakal dinyanyikan oleh peserta pada minggu hadapan berjudul Casablanca.

Ketika terpampang wajah mereka berdua di skrin, pantas Elly dan Nabil berlari ke tengah pentas. Happy betul gandingan pengacara serasi ini apabila mereka orang pertama yang mendapat lagu. Elly cepat-cepat memegang kad anugerah Bintang Memuk4u Adabi yang tertera tulisan RM1000.

Berjoget riang Nabil dan Elly dan apabila Elly tidak mahu meletakkan kembali kad anugerah di tempatnya, Nabil selamba sahaja sound Elly dengan mengatakan ‘ Jangan nampak susah sangat, seribu je ‘. Alahai gamat sungguh suasana dengan gelagat mereka berdua ini.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, video gelagat Elly dan Nabil ini telahpun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Terhibur aku, ad0i pandai betul gabungkan dorang berdua ni. Siapa lah yang pandai sangat ni haha.. “

” Malam ini baru saya nampak nabil all out.. i love it. Haji Nabil mmg best. Kak Lina Kepom penyeri G.. “

” Every week looking forward nak watch GV & Kak Lina.. dia satu2 kalau ada peserta t1nggal sorang dia akan berlari berdiri bersama.. “

” Nabil pun jd bnyk keje bila dgn pompom.. dlu skema je bila segmen ada lgu ada lgi ni thun ni siap blari2 kat pentas tu.. “

” Nabil pun dah terikut2 rentak elly. lawak lah nabil, aku tak leh lah dengan kak lina, lawak tak habis-habis.. “

” Kak lina dengan nabil bebetul buat GV ni macam program sendiri… wakakaka. masuk air betul buat muka kak lina kena mar4h dengan nabil haha.. “

” First time akak ikut GV ni sebab terhibur dengan gelagat Lina Pom Pom. Hilang penat & stress bekerja lepas ketawa spontan dengan keletah LPP ni.. “

Ada sahaja gelagat mereka yang membuatkan penonton tergelak sepanjang rancangan. Selamat maju jaya untuk tugasan nyanyian untuk minggu depan Elly dan Nabil. Ber ‘Casablanca ‘ lah nampaknya yer. All the best yer..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cepat Berita, Youtube Channel T0k Tik

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..