” Don’t manipul4te my words.. “
Dituduh ‘Ajar’ Netizen Cara Fesyen Tutup Aurat. Tak Sangka Ini Respon Faezah Elai !!
Faezah Elai pernah mendapat pujian daripada peminat-peminatnya dengan gaya khimar atau bertudung labuh yang digayakan oleh beliau, dan telah menjadi trend terkini. Faezah Elai dilahirkan pada 16 Ogos 1982 yang berketurunan Punjap dan Thai, berasal dari Gelugor, Pulau Pinang dan kini telah berusia 38 tahun.
Faezah Elai atau nama penuhnya, Noor Faezah Md Elai merupakan seorang pelakon dan telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Heykal Hanifah pada September tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka di kurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Faezah Elai memulakan karya lakonan menerusi drama bersiri siaran Astro Ria, Cinta dan keadilan manakala penampilan pertama beliau dalam bidang perfileman adalah menerusi filem 0tai arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 2007. Beliau kemudiannya membintangi siri drama televisyen Sutera Maya yang disiarkan di TV3 memegang watak Maya Sofea.
Menerusi instagram, Faezeh Elai ada berkongsi mengenai cerita beliau dituduh ‘ajar’ netizen cara fesyen menutup aurat. Hal ni berikutan kerana netizen hanya membaca tajuk dan tidak membaca sepenuhnya kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah blog yang menceritakan tentang Faezah Elai.
Ikuti perkongsian Faezah Elai di bawah :
” Adoii.. Bila masa pulak hakak ajar netizen cara fashion tutup aurat… lantak hg lah nk pakai apa pon.. my previous post siap dh warn1ng,don’t man1pulate my words.. tk paham jugak.. so dtg la melayu2 yg malas membaca ni hent4m mengec4m serupa hakak ni dulu beranak agama lain.. “
” Let me make myself very clear ya.. I dont care ampa nk pakai baju ka tk pakai baju ka.. lantak lah yg hakak boleh buat doa dari jauh.. I was talking about fashion, how @properhijab can help u to look fashionable walau tudung diorg labuh.. “
” Yang netizen triggered sgt pasai apa? it has nothing to do konon kena tutup aurat ngan sempurna when I myself pon tk betoi, What i was trying to said,perangai org kita yg suka judge org lain dgn pemakaian kain Tudung.. Hg sapa nk judge org ?.. “
” YG MENGIKUT RUKUN ISLAM ITU PASTI MENUTUP AURAT !! YG TUTUP AURAT TU, BLOM TENTU IKUT RUKUN ISLAM.. PAHAM DAK ?? .. “
” #masalahbilamalasmembacatapisibuknakkomen.. “
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan balas Faezah Elai itu. Antara komen-komen tersebut :
” Yess agree , mcm ustazah sye cakap . Org yg solat belum tentu ke syurga , tapi yg xsolat , sah2 ke neraka . Al quran sndri yg membuktikan.. “
” Sungguh aihh… Setuju sangat hmpaaaaa.. “
” Ramai rakyat malaysia malas membaca.. “
” Peduli la depa tu. sel ot4k depa tak berhubung.. “
” Agree.. I adore with u.. “
” Biar kan dia.. janji hati awak cantik, muka cantik mcm barbie.. “
Betul cakap Faezah Elai. Kita ni kena la rajin baca, jangan terus tahu nak komen sahaja, padahal tak tahu pun cerita sebenar, baca tajuk, tangan tu terus komen yang bukan-bukan. Kalau dah malas baca, tak payah komen, kan senang. Bila komen, ada saja perkataan yang nak sak1tkan hati orang.
Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap Faezah Elai sentiasa bersabar dengan kerenah netizen.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Faezah Elai by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..