” Sekali dia akad nikah, rap terus “

Video Ucapan Ulangtahun Perkahwinan Suami Azah Aziz Yang Paling Win. Sekali Dia Lafaz Akad Nikah Terus Namun Nada Lafaz Tersebut Menghiburkan Netizen. Adoi, Serius Kelakar !!

Azah Aziz merupakan seorang model dan pelakon popular sekitar tahun 90 an. Beliau dahulunya banyak berlakon drama TV dan filem. Drama lakonannya yang melonjak naik namanya ialah Cinta Korporat di samping Rusdi Ramli dan Azhar Sulaiman.

Azah kini menetap di Monteal, Canada selepas berkahwin dengan jejaka Inggeris bernama Daud Leroy Abdullah. Beliau juga turut terus menyepikan diri dalam industri hiburan tanahair dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Aaron, Brian dan Justin. Ketiga-tiga anak Azah kini sudah meningkat remaja. Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz mempunyai akaun Instagram yang mempunyai ramai pengikut iaitu sejumlah 145 ribu orang.

Menerusi akaun Instagram, Azah berkongsi video suaminya diminta memberi ucapan sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 25 tahun. Namun ucapan yang diberi oleh suaminya merupakan lafaz akad nikah mereka dahulu. Kelakar habis !

Tonton video di bawah :

” Nasib baik ingat after 25 years. Laju tuuu yg penting dah sah 25 tahun.. “

Rata-rata netizen terhibur mendengar lafaz akad nikah suami Azah. Antara komen-komen mereka :

” Kak Azah, sekali dia akad nikah rap terus.. “

” Hebat David. Sampai la ni ingat! Happy 25th anniversary beautiful couple..”

” Aku terima nikah bkn nikah2 x pe janji masih ingat lgi akad nikah Happy 25th Anniversary.. “

” Hahaha.. laju gil4r, hafal ke apa tu.. “

” Hahahaha… itu je dia dok hapal dari dulu.. “

” Nasib baik masih ingat.. “

” Hahha dia punya laju MRT pn kalah.. nway semoga terus bahagia sis.. “

Adoi, punyalah laju lafaz akad nikah tersebut sampai tak sempat nak dengar setiap butiran yang dilafazkan. Namun begitu adalah hebat kerana masih mengingatinya setelah 25 tahun berlalu. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 25 tahun. Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norazah Azizย by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..