” Dok tersengih sengih macam kerang lepas tu bapak dia pakaikan benda alah apa kat kepala si Aaisyah ni.. “

Anas Zahrin Kongsikan Video Aaisyah Dhia Rana Yang Gil4 Mekap Sejak Kecil Lagi. Clever Girl Betul Ni !!

Memiliki pengikut seramai 1.5 juta di akaun Instagramnya, nama Aaisyah Dhia Rana satu nama yang cukup popular di kalangan peminat seni tanahair. Anak kepada pasangan romantis Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dilahirkan pada tahun 2014 dan sekarang sudahpun berusia 5 tahun. Memiliki ibu bapa yang terkenal membuatkan Aaisyah sedikit sebanyak terkena tempias nya.

Sudah mula diikuti sejak dari hari pertama kelahiran nya, Aaisyah mewarisi kecantikan dari ibunya dan raut wajahnya banyak mengikut dar4h kacukan ayahnya iaitu kacukan Melayu dan Inggeris. Rupanya yang seperti anak mat salleh sememangnya tarikan utama Aaisyah dimata peminat. Sekali lihat seperti anak patung yang amat comel.

Walaupun masih kecil, namun Aaisyah dilihat cenderung suka kepada kecantikan terutamanya barangan mekap. Seringkali video yang dikongsikan oleh Anas Zahrin menyaksikan kegil4an Aaisyah menopap mekap tidak kira siang atau malam. Sudah la muka nya comel, ditambah lagi mekap nipis dan lipstik semakin comel dipandang mata.

Menerusi akaun Instagram, Anas Zahrin memuatnaik satu video rakaman lama yang mana beliau merakamkan aksi Aaisyah Dhia Rana sewaktu kecil yang minta di touch up. Aduhai Aaisyah memang dari kecik dah minat mekap. Sebijik macam ibunya Rozita Che Wan.

Jom tengok video dibawah :

” Faham tak apa tugas anas kalau si @rozitachewan1 ajak jalan. Mentang mentanglah uncle Anas dia ni tokey @anasism kejenya nak menopap makeup je. Ger4mmm betulllll.. “

” Masa ni kecik lagi dia. Dok tersengih sengih macam kerang lepas tu bapak dia pakaikan benda alah apa kat kepala si Aaisyah ni. Hahahahahah.. “

Rata-rata peminat kagum melihat kecantikan dan kecomelan si kecil Aaisyah ini. Antara komen-komen peminat :

” Comel Aisyah.. Dari dia kecik sampai sekarang suke tengok video dia.. “

” Mashaallah. Tengok kali ke 19 dah ni. Auranyaaa.. “

” Alo comey nya wey anak che ta ni.. “

” Comeilah aisyah ni.. Ger4mm aissshh.. “

” Kelakar tul anas ni kalau cite pasal dak ecah.. “

” Comel g1laaaaa, jadi duta anascosmet1c lepas ni.. “

” Positif terus la tengok anak @rozitachewan1.. “

” Hahahahahaha terlalu cute.. “

Ternyata minat Aaisyah pada mekap memang sejak dari kecil lagi. Wajah comel ini pastinya bakal jadi cantik rupawan apabila dewasa nanti dan jadi igauan ramai jejaka. Manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Secantik semanis ibunya pasti. Kami di Berita Kopak mendoakan moga Aaisyah sentiasa dibawah rahmatNya dan membesar dengan sempurna.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anas Zahrin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..