” Dik, betul lah adik jadi DJ je lah.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Video Thr0wback Dato’ Siti Nurhaliza Meminta Fara Fauzana Menyanyi Di Sebuah Konsert. Boleh Pulak Pass Kat Mimi Fly Microphone Masa Tengah Nyanyi. Part Last Tu, Respon Tokti Buat Penonton Berdekah Gelak. Ad0i Tokti, Jujur Sangat Ni. Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Fara Fauzana atau mesra dipanggil Fafau, p0sting terbaru Fafau telah meraih perhatian ramai. Fafau telah memuatnaik sebuah video yang sudah lama dalam simpanannya dan baru sekarang sempat disunting.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Fafau berpeluang berduet bersama penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Dato’ Seri Siti telah datang ke tempat duduk Fafau bersama dua lagi rakan artis iaitu Mimi Fly dan Nana Mahazan.
Dato’ Seri Siti meminta Fafau menyambung nyanyiannya iaitu lagu Kau Ku Sayang. Walaupun agak gement4r, Fafau tetap mencuba dan dapat dilihat Fafau ada terlupa lirik dan disambung oleh Mimi apabila mikrofon dihalakan oleh Fafau.
Apa yang membuatkan ramai tertawa apabila Dato’ Seri Siti memberi respon dengan menyatakan yang Fafau sesuai menjadi DJ sahaja. Ad0i, jujur sangat komen Dato’ Seri Siti, haha. Apa-apa pun, peluang berduet bersama Dato’ Seri Siti ini peluang yang ramai nantikan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang tertawa apabila mendengar respon yang diberikan oleh Dato’ Seri Siti terhadap nyanyian Fafau. Antara komen-komen yang diberikan :
” Haha berapa kali repeat tengok.. berdekah lah part last tu.. steady kak fafau.. alunan suara termahal ni, haah.. “
” Bukan tetiap minggu ade kelas vokal dgn cikgu mayin ke ??? Ad0i, masing-masing kelakar.. comel je semuanya.. “
” Hahaha nampak kak fafau kena ni, LIVE, kelakar lah, really made the concert more enjoyable .. comei sgt Sisterly love giteww.. “
” Hahaha ayat last tokTi tu ok jdi DJ je la kak Fafau.. tergelak dengar ayat last tu.. kita ada time ni sis.. part last tu haha.. “
” Senang betol cara fafau ni buat duit ye.. main pass je kat mimiflyyy.. hahahaha… TAKpe2.. kawan saya tu pun kecoh gak tU.. “
” Hahah. Aduh la msing msing kelakar.. saya ada di tempat kejadian.. First Hero mesti lah sayang sangat .. Kau lah segalanya okay.. “
” Suara fafau atas sikit dr nana.. oklah tu.. gurau2.. Ala.. rugi Tak beli ticket sebelah U Fara. Kalau tak bole nyelit2 sua mic tu.. hahaha.. “
Di ruangan kapsyen, Fafau ada menyatakan yang dia telah menyertai kelas vokal untuk konsert di Johor. Wah, kalau macam ni tak sabar rasanya nak mendengar suara Fafau kalau dipanggil lagi untuk menyanyi. Pasti kali ini lebih merdu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fara Fauzana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..