” Dia punya excited sampai lupa diri hehehehe.. ” – Netizen
Puteri Sarah Liyana Kongsi Video Anaknya, Syaikhul Islam Sedang Bermain Permainan Video. Gelagat Syaikhul Yang Terlalu Teruja Tarik Perhatian Ramai. Alahaii Kelakarnya Syaikhul, Dah Macam Pak Maon Pulak !!
Pasangan suami isteri Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka merupakan pelakon dan pernah membintangi drama dan filem melayu tanahair. Selain itu, Syamsul juga merupakan seorang pengarah drama dan filem yang popular.
Bakat yang ada pada Syamsul bukan hanya pada bidang lakonan dan pengarahan, Syamsul juga berbakat dalam bidang nyanyian. Single nyanyian Syamsul juga dijadikan lagu runut bunyi untuk filem arahan dan lakonannya. Lagu-lagu tersebut feat bersama artis popular tanahair seperti Mawi, Black Hanifah, Dato’ AC Mizal dan Shuib Sepahtu.
Umum mengetahui hasil perkongsian hidup diantara Syamsul dan Puteri Sarah ini mereka telah dikurniakan dua orang cahayamata lelaki dan perempuan. Cahayamata pertama mereka bernama Syaikhul Islam dan cahayamata kedua mereka bernama Sumayyah.
Mengintai ke laman instagram milik Puteri Sarah, kita dapat melihat satu perkongsian video anaknya Syaikhul terlalu gembira dapat bermain permainan video sambil diperhatikan oleh sepupunya yang juga turut teruja dan ketawa gembira melihat Syaikhul bermain permainan video tersebut.
Mari kita tonton video yang dikongsi oleh Puteri Sarah ini :
Video adik beradik ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antara komen-komen yang diterima ialah :
” My son pun macam ni, lepas tu bila game tak jalan dia suruh kita tolong dia main sampai habis. Ger4mnya rasa hehe.. “
” Syaikul kenape awak comel sangat ni.. Yang adik tukang gelak je ek.. “
” Dulu dia tak aktif sangat kan, sekarang wow suka sangat tengok dia aktif macam ni.. “
” Hahaha lawak betol lah abang ni.. Comelnya Syaikhul, tak jemu tengok banyak kali.. “
” Dia punya excited sampai lupa diri hehehehe.. “
Alahai Syaikhul bersungguh betul main permainan video tu, agak-agak menang ke tidak tu. Nampak pada gaya tu macam menang je kan hehe. Apa pun kami di Berita Kopak mendoakan agar Syaikhul dan adiknya Sumayyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Aminn..
Silakan SHARE.
Sumber : IG Puteri Sarah Liyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.