” Alhamdulillah Wawa dah bagi green light nak dirikan masjid.. ” – Aeril Zafrel

Aeril Zafrel Kongsi Berita Gembira Bakal ‘Dirikan Masjid’ Dengan Izin Daripada Wawa Zainal. Wahhh Biar Betul, Mulia Betul Hati Wawa. Tahniah !! 

Menurut laporan portal Harian Metro, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal membina sebuah masjid di kampung halaman Aeril, Batu Pahat. Wawa yang mendapat inspirasi ini setelah mendengar ceramah daripada Ustaz Somad tentang pahala membina masjid.

Menyuarakan hasratnya ini kepada Aeril, mereka akhirnya membuat keputusan untuk membina sebuah masjid di kampung halaman Aeril itu. Setelah mendapat persetujuan daripada ketua kampung Rengit, usaha mereka diteruskan.

Bagi merealisasikan impian ini, Aeril dan Wawa akan menyumbangkan sejumlah RM1.2 juta hasil daripada penjualan produk terbaru mereka iaitu Muslim Bukhari. Bukan r1ak dan ingin menunjuk-nunjuk, namun pahala ini juga ingin turut sama dikongsikan bersama pengguna produk mereka.

Menerusi akaun Instagram, Aeril Zafrel berkongsikan satu keratan akhbar yang tertera tajuknya ‘ Aeril Zafrel, Wawa Pakat Bina Masjid’. Yang menarik perhatian adalah kapsyen Aeril sendiri yang memberitahu isterinya itu satu-satunya wanita yang tidak kisah suami hendak mendirikan masjid. Fuh headline dia, suspend betul !

Jom baca perkongsian di bawah :

Kapsyen Aeril ini menar1k perhatian peminat. Ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mengus1k Wawa. Netizen kalau bab menyakat memang terbaik. Antara komen-komen mereka :

” Mulianya hati Wawa & Zafriel…. semoga berbahagia selalu hingga ke Jannah dan semoga bertambah rezeki.. “

” Alhamdulillah Aeril dan Wawa. Semoga dimurahkan rezeki selaluuu.. “

” Alhamdulillah ! Bertambah2 rezeki! tq bg inspirasi kepada smua.. “

” Subhanallah seronoknga dpt dirikan masjid. Saya doakan semoga dipermudahkan Aamiin.. “

” Lahhhh tak0t aku ingat kahwin lagi satu ya Allah.. Adehhh caption mintak kne luku dgn boss wawa.. “

” Hahaha bongok la aeril ni.. ape pun wow utk bina masjid tu… Payung emas wawa lpas ni.. “

” Ingatkn wawa dh bgi green light nk tmbh org umah. tahniah aeril dan wawa dpt membina replika masjid yg indah.. “

” Wawa sedar tak tu maksud masjid yg mana.. “

Tindakan dan keputusan mereka memberi inspirasi pada orang lain untuk turut sama membuat amal ke jalan Allah. Sama-sama kita doakan semoga pembinaan masjid ini berjalan dengan lancar nanti. Buat Wawa dan Aeril, semoga terus berjaya dan kaya agar dapat lebih banyak membuat kerja kebajikan seperti ini. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel, IG Wawa Zainal, Portal Harian Metro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..