” Dia dok berangan sikat rambut depan cermin. Lepas kant0i dia lari pulak.. “

Aksi Comel Aaisyah Dhia Rana Buat Peminat Ger4m. Sebijik Macam Maknya, Comel !!

Anak kepada pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana sememangnya antara kanak-kanak popular di Malaysia. Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 13 Disember 2013. Aaisyah dilahirkan pada tanggal 1 November 2014 di Pusat Perubatan Ampang Puteri. Kelahiran Aaisyah sememangnya dinantikan oleh peminat pasangan ini.

Keterujaan peminat membuatkan program TV Pureen Chak Chak Che Ta & Zain disiarkan di saluran Astro. Segala detik-detik manis sepanjang kehamilan dan kelahiran Aaisyah dirakamkan untuk tontonan. Kepopulariti Aaisyah dapat dilihat melalui akaun Instagramnya dimana sudahpun mempunyai seramai 1.5 juta pengikut. Bilangan yang besar bagi anak kecil yang baru berusia 5 tahun.

Seringkali mengikut ibunya Che Ta ke sesi photografi dan majlis-majlis membuatkan anak kecil ini sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Melihat Che Ta yang sentiasa cantik sedikit sebanyak mempengaruhi penampilan dan perangai Aaisyah.

Seringkali dipertontonkan aksi Aaisyah yang bergaya sama seperti Che Ta dan tontonan ini hampir kesemuanya mendapat tanda likes yang banyak dari peminat.

Menerusi akaun Instagram, Anas Zahrin memuatnaik video rakamannya di mana Aaisyah sedang berangan sambil menyikat rambut di depan cermin. Namun apabila ditegur, Aaisyah ternyata tersengih malu dan terus berlari ke arah lain. Senyuman manis tak ubah seperti ibunya Rozita Che Wan. Comel betul sengih nya tu!!

Jom tengok video di bawah :

” Dia dok berangan sikat rambut depan cermin. Lepas kant0i dia lari pulak. Hahaha @rozitachewan1.. ”

Rata-rata netizen terpegun dengan kecantikan dan kecomelan Aaisyah yang semakin terserlah dari hari ke hari. Antara komen-komen netizen :

” Subhanallah cantiknyaaa.. “

” Apanya diisi dalam beg tu nampak berat nauu haha.. “

” Lawanya budak ni, nak cop buat menantu boleh? Hahah.. “

” Comel reaksi kant0i tu… “

” Allalalala comelnya ! Mak dia mesti suka berangan jugak masa kecik.. “

” Comel nya even beg lanjut gitu still comel.. “

” Lawanya rambut dia.. “

” Bag sampai ke lutut. Masih fashunnnnnnn.. “

Benarlah kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Aaisyah ternyata mewarisi raut wajah kacukan Zain dan Che Ta. Semakin hari semakin terserlah kecantikannya. Tidak mustahil bila Aaisyah meningkat dewasa nanti, pasti dapat menandingi kecantikan ibunya.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aaisyah sentiasa dilindungiNya dan membesar dengan sempurna.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anas Zahrin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..