” Dia boleh buat suara cerekkk. Mariah Carey whistle notes !!! “
Amyza Aznan Kongsi Video Anaknya Andrian Adam Menyanyi Buatkan Peminat Melabelkannya Sebagai Mariah Carey Malaysia. Namun Respon Amyza Buat Peminat Ketawa Terbahak-Bahak. Kelakar You Sis !!
Wajah pelawak dan pelakon Amyza Aznan tidak perlu diperkenalkan lagi. Amyza yang sememangnya dikenali kerana celoteh mulutnya yang becok amat menghiburkan hati peminat. Sering muncul dengan parodi-parodi jenaka, gelagat Amyza sering membuatkan peminat ketawa terbahak-bahak kerana kelucuannya.
Pelakon berbakat ini telahpun mendirikan rumahtangga bersama Khairil Idzhar Md Nazir pada 2004 yang lalu. Dikurniakan 3 orang cahayamata dan salah seorang yang menyerlah di akaun media sosial ialah Andrian Adam. Andrian atau dipanggil Ian kini berusia 12 tahun.
Ian yang gemar menyanyi dan berkaraoke sering memuatnaik nyanyian beliau di akaun Instagram miliknya. Amyza sendiri selalu berkongsikan gelagat anak terunanya itu untuk tontonan yang mana dirakam hanya untuk suka-suka sahaja.
Menerusi akaun Instagram, Amyza Aznan telah berkongsikan satu keratan video di mana anaknya bernama Andrian Adam sedang asyik mendendangkan lagu Mariah Carey. Apa yang menarik perhatian adalah suaranya yang kedengaran padu dan hampir sama dengan tone suara penyanyi asal lagu berkenaan. Dah boleh masuk Bintang Kecil ni !
Jom tonton video di bawah :
” Hehe…. Kak kaaia belanje sikit ok. Full kat ig dia lahhhh. Kak kaaia dah hari-hari dengar, sampai dah rasa macam ada kat padang bola tiap kali dia whistling !! ”
Rata-rata netizen memuji keunikan suara Andrian ini. Antara komen-komen netizen :
” Amboiii.. Sambil duduk leh tarik suara tinggi… Das4ttttttt.. “
” Mariah Carey whistle notes…!!!.. “
” Wow.. Akak if he loves singing so much do send him to vocal class. His vocal range so wide and jarang male voice ade range suara mcm ni, so gifted.. Alhamdulilah.. “
” Sampai sg buluh bunyi tu cista…. Improve it … He will be diamond one day.. “
” Bukan senang nak whistling kak @amyzaaznankaaia … Kalau kita whistling bunyi ape yang keluar agaknya… Hihi.. “
” Serious bukan senang nyanyi lagu mariah carey.. Bakat besar ni bakal menyinar sis @amyzaaznankaaia.. “
” Amboi suara dia kak @amyzaaznankaaia macam mariah carey.. “
” Mampppo0ss… Dia boleh buat suara cerekkk.. Terbaekkla kakk.. Boleh pergi jauhh ni kak.. “
Namun apabila ada yang ‘tag’ nama Mariah Carey, jawapan Amyza amat melucukan :
Dasy4t sungguh suara Ian ni. Dah macam penyanyi profesional gayanya. Memang patut diberi pendedahan dan digilap bakat semulajadinya itu. Tidak mustahil Ian bakal jadi penyanyi tersohor di Malaysia kerana suara unik dan vokal padunya itu.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Andrian akan terus mengasah bakat nyanyiannya itu dan semoga suatu hari nanti akan datang peluang keemasan untuk Andrian mengetengahkan bakat terpendam itu. Selamat maju jaya Ian.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyza Aznan by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..