” Dari muka beruam ter0k, sekarang kulit dah kembali putih mulus.. ” – Ayu Abas
Isteri Tomok, Ayu Abas Kongsi Gambar Terbaru Anak Ketiga Mereka, Siti Khadijah. Alahai Comel Sungguh Khadijah, Alhamdulillah Dah Tak Ada Ruam Yang Ter0k Lagi !!
Umum mengetahui, Tomok atau pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail dan isterinya, Rahayu Abas telah dikurniakan cahayamata ketiga yang merupakan seorang bayi perempuan. Si cilik itu diberi nama sebagai Siti Khadijah, satu nama yang cukup indah buat si comel sepertinya.
Akhirnya impian mereka untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan oleh Allah.Β Berita gembira ini dikongsikan oleh pasangan ini di akaun Instagram milik mereka. Malah Tomok turut dipuji oleh peminat kerana tidak kedekut untuk berkongsi wajah anak perempuannya itu untuk berkongsi dengan peminat.
Untuk rekod, Tomok dan Ayu turut mempunya dua orang anak lelaki yang bernama Arrianshah Akid, Andrashah Iman. Gelagat Arrian dan Andra sering dikongsikan oleh Tomok dan juga Ayu di laman Instagram milik mereka. Pastinya Arrian dan Andra teruja setelah kini sudah bergelar abang adik perempuan mereka.
Yang terbaru, Ayu berkongsi wajah terkini Khadijah yang kini sudah berusia 2 bulan. Ayu turut berkongsi gambar wajah Khadijah sebelum ini yang dipenuhi dengan ruam. Namun kini kulit Khadijah sudah kembali putih mulus, secantik ibunya itu.
Ikuti perkongsian di bawah :
Video terbaru yang dikongsikan oleh Tomok di akaun Instagram miliknya :
Kecomelan wajah Khadijah meraih perhatian ramai. Ada juga yang meminta tips dengan Ayu cara untuk menghilangkan ruam pada baby. Antara komen-komen netizen :
” Ya Allah kuih pau gebu. Comelnyaaaa princess Dibu. Adikkkkkk omeyy macam dibu.. “
” Alololoooo… bila la bole jmp dia.. cantek mcm dibu la awk dija.. “
” Biasanya baby yg dari lahir rambut halus nanti akan jadi lebat.. “
” Alorhh bulat bulat tuuu comel sgt.. Dibu, sapu apa kat pipi si comel.. share plss sbb anak saya pun ade jugak.. “
” Semoga Siti khadijah menjadi anak yg solehah ayu_abas. Boolat la khadijah.. “
” Aamiin yra. In shaa Allah dipermudahkan segala nya buat anak2 Dibu Ayu dan Tomok, berjaya mereka di dunia dan di akhirat kelak.. “
” Salam dibu share la mcm mana nk hilangkan ruam2 baby at muke tu.. “
” Dibu mcm mna nk hilangkn ruam dkt muka baby ank sya mukanya ruam juga.. “
Semoga nanti Ayu sudi berkongsi dengan semua cara nak menghilangkan ruam pada bayi untuk manfaat bersama. Buat si comel Siti Khadijah, seindah nama seindah orangnya. Semoga menjadi anak yang solehah, sentiasa mentaati Allah, Rasulullah, kedua ibu bapa, berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ayu Abas, Tomok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..