” Terbaiklah sis, nampak macam rumah Dato’ Aliff Syukri dah.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Hasil Dekorasi Rumah Flat Berkeluasan 680 Kaki Persegi Yang Nampak Sangat Mewah, Eksklusif Dan Elegant. Wahhh Cantik Sangat, Pandai Tuan Rumah Deko !!

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki kediaman yang cantik, kemas dan juga bersih. Namun begitu, hiasan dalaman atau dekorasi adalah salah satu aspek yang penting membuatkan suasa rumah kelihatan tenang dan menyenangkan. Tidak semestinya kena tunggu sehingga memiliki rumah yang besar dan mewah. Rumah yang bersaiz kecil juga tidak kurang cantiknya jika dekorasinya cantik dan kreatif.

Kebiasaannya jika ingin memasuki rumah baru, pastinya kita akan membayangkan dekorasi yang indah untuk rumah impian kita. Pemilihan warna yang tepat atau bersesuaian dan juga susunan barangan dalam rumah turut memainkan peranan penting untuk menaikkan seri rumah.

Ditambah pula banyak informasi yang boleh kita perolehi daripada laman sosial seperti Facebook dan juga Instagram yang turut berkongsi tips-tips dan gambar-gambar menghias rumah dengan cantik. Menerusi Facebook Kelab Kaki Deko, seorang pengguna Facebook yang bernama Shazwani Ismail telah berkongsi hasil dekorasi rumahnya.

Walaupun kediaman rumah Flatnya berkeluasan 680 kaki persegi, namun Shazwani telah menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin dengan dekorasi yang sangat cantik. Rumahnya kelihatan sangat mewah dan eksklusif dengan pemilihan warna yang cantik dan dekorasi yang cantik dan teratur.

Ikuti perkongsian Shazwani di bawah ini :

 

Sehinggi kini Posting Shazwani telah mendapat 1600 komen dan 11 ribu tanda suka serta dihuj4ni dengan pujian oleh netizen-netizen yang menyukai hasil dekorasi rumahnya. Antara komen-komen netizen :

” Terbaiklah sis… Nampak macam umah dato alif syukri dah.. “

” Wow, Sqft rumah sama ngan rumah Saya.. boleh je nak buat mewah mcm Ni ye. nak jugakkkkkk.. Terima kasih memberi inspirasi.. “

” Mmg sgt cntik xnmpk pun mcm keluasan 680kaki persegi. InsyaAllah one day boleh buat juga.. “

” Terlalu cantik. Nampak mewah, Sangat exclusive gitu. Wow terlajak lawonyer.. hiasan konsep glam ni.. “

” Rumah kos rendah yg exclusive.. blm lagi tgk bilik2 nya.. Pherrr berkenan cantik sangat.. “

” Cantik kan kak.. Walaupun kecik dan ruang terhad.. Nampak mewah dan elegant gituw.. Hihi.. “

Ok jom cuci mata melihat keindahan dekorasi rumah Shazwani :

Wahhh dah rasa macam bercuti di hotel mewah pulak kan kalau balik ke rumah. Baru lah fikiran pun tenang dan tak serabut bila balik dari kerja. Tahniah Shazwani, dah boleh jadi interior designer ni, berbakat sangat. Terima kasih atas perkongsian ini, semoga menjadi inspirasi kepada semua.

Silakan SHARE, semoga bermanfaat..

Sumber : FB Shazwani Ismail via Kelab Kaki Deko

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..