” Dari kecik dah segak. Lawanya mata.. “
Puteri Sarah Liyana K0ngsi Gambar Ketika Kecil Di Media Sosial, Cur1 Perhatian Netizen. W0www… Memang Cun Habis !!
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah Liyana merupakan seorang bekas pelakon dan model wanita tanah air. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik, memiliki kelulusan Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan beliau telah dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor dan kini berusia 35 tahun. Terdahulu, Puteri Sarah memulakan kerjaya model dengan pernah menjadi peragawati iklan bagi DiGi, F&N,dan Nivea.
Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Syaikhul dan Sumayyah.
Menerusi perkongsian terkini di akaun instagram, Puteri Sarah telah memuat naik satu keping gambar beliau ketika kecil. Berpakaian baju uniform sekolah rendah yang sedang duduk di atas kerusi di dapur. Puteri Sarah kelihatan sangat comel dan perkongsian ini mencur1 perhatian netizen.
Ikuti perkongsian Puteri Sarah di bawah :
” Once upon a time… “
Rata-rata peminat turut memuji Puteri Sarah yang kelihatan sangat comel ketika kecil dahulu. Antara komen-komen tersebut :
” Ya Allah comelnyaaaa.. “
” Murid sekolah rendah paling comel.. “
” Dari kecik dah memang segak !!! Lawa nyeaaa mataaa.. “
” So chomell… Kcik2 dh cantik… Skrg lg laa… More chantik.. “
” Padan lahh.. Dri kecik cantik rupanya.. “
” Amboi comelnye.. Ni mst ramai cikgu yg suka ni sbb comel.. “
” Comelnya… Ni nak tggu sarapan ke? .. “
” Comel & cantik sejak azali.. “
Amboi.. Kecil-kecil memang dah terserlah kecomelan itu. Raut wajah Puteri Sarah ketika kecil kelihatan iras seperti anak kedua beliau, Sumayyah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Puteri Sarah sentiasa bahagia bersama-sama keluarga tercinta, dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Puteri Sarah Liyana by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..