” Azad oii, tak fedup ke hidup dengan bayar saman.. “

Respon Pak Azad Apabila Ditegur Ibunya Kerana Selalu Kena Saman Memang Win Habis. Ad0i, Kelakar Juga Dua Beranak Ni !!

Pasangan selebriti tempatan, Azad Jasmin dan Eira Syazira sering menjadi perhatian peminat kerana karakter mereka yang begitu serasi. Pasangan ini berkahwin pada 16 September 2011 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang comel.

Nama anak-anak mereka ialah Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose. Azad atau lebih dikenali sebagai Pak Azad di akaun media sosialnya sering memuatnaik video keluarganya yang sangat mencuit hati netizen.

Namun pada tahun 2020 ini, Azad sudah beberapa kali memuat naik videonya disaman oleh pihak berkuasa. Azad disaman atas pelbagai kesalahan jalan raya telah membuatkan netizen rasa terhibur kerana gelagatnya. Walaupun disaman Azad masih lagi boleh melawak.

Menerusi akaun Instagram, Azad sekali lagi berkongsi videonya disaman kerana tidak meletakkan kupon parking walaupun beliau parking di tempat yang betul. Menurut Azad, beliau tidak tahu perlu meletakkan kupon parking. Bersabarlah Pak Azad !!

Tonton video di bawah :

” Salah tetap salah.. apa lah.. parking dalam parking lot kena saman jugak ka.. mana nak pe tau kena pakai kupon… arghhhhhhh, hehehehe ni bkn aman lagi dah.. ni saman tak habis2 dah ni  @anakdarapakazad1 oiiii hehehe.. “

” Apa nak buat depa buat kerja.. #mpkj. Kejadian selepas bercabut Gigi Di @klinikpergigiansyafeera.. “

Rata-rata netizen tidak mampu menahan ketawa kerana Pak Azad sudah beberapa kali disaman dalam bulan ini. Antara komen-komen mereka :

” Anggap lah byr saman tu sedekah.. hihi.. “

” Hahahahhahaa duit gaji guna byaqqqq saman ja hahahaa.. “

” Klu mai kot belah bangi atau kajang, kene bersedia la dgn saman ni ha.. “

Again? Hehehe.. betabah lah Pak Azad.. “

” Sadis sungguh bulan januari d hidupmu pak azad.. “

” Baik hati la Pak Azad ni.. trs menderma  saman tetap saman.. “

” Pak @azadsyazirarose thn baru 2020 ada hobi baru.. Kumpul saman.. Biar org lain kumpul satem ke.. Hang kumpul saman.. Lain dari lain.. “

Ibu Pak Azad juga turut memberi komen di akaun Instagram anaknya itu. Namun respon Pak Azad kelakar habis :

Ad0i, kelakar juga sembang ibu dan anak ini sehinggakan ramai netizen terhibur. Diharap selepas ini Azad lebih berhati-hati ketika di jalan raya atau ketika hendak meletakkan kenderaan. Salah tetap salah. Nak buat macam mana kan ? Perlulah bayar kan ?

Silakan SHARE..

Sumber : IG Pak Azad, Rosidah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..