” Dah tua pun lawa. Madhuri Dixit memang her0in kegemaran.. ” – Netizen

Kongsi Video Menari Kembali Tarian Filem Dil Tol Pagal Hai, Penampilan Terkini Her0in Bollywood, Madhuri Dixit Cur1 Tumpuan Warganet. Alahai Maintain Cantik Madhuri Ni, Tak Nampak Pun Dah Umur 50 Tahun Lebih, Macam Baru 30 Tahun Je !!

Bagi peminat filem-filem Hindustan pastinya tak akan lupa pelakon wanita yang bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, malah seringkali bergandingan dengan aktor hebat Shah Rukh Khan. Madhuri Dixit antara pelakon wanita yang menjadi her0in Shah Rukh Khan selain Kajol.

Meninjau di akaun Instagram madhuridixitnene, Madhuri telah berkongsi video yang memaparkan Madhuri sedang menari kembali tarian yang pernah popular dalam filem Dil Tol Pagal Hai sempena 25 tahun filem tersebut ditayangkan.

Meskipun sekarang Madhuri telah berusia 50 tahun lebih, dilihat penampilan dan wajah Madhuri masih kelihatan muda dan tiada perubahan ketara jika dibandingkan ketika muda dahulu. Bahkan kelihatan dalam video tersebut Madhuri masih lincah menari.

Selain itu, video Madhuri menari turut dikongsikan oleh Instagram radio Sinar. Sehingga kini posting oleh Madhuri telah mencur1 perhatian warganet dan mendapat lebih 500 ribu tanda suka serta ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji kecantikan Madhuri dan berkongsi kenangan menonton filem lakonan Madhuri. Antara komen-komen menarik adalah :

” Masa cita ni kluar umur saya sethn lebih masa kecik dulu dgr je lgu ni msti brdiri dpn tv and menari dgn kakak.. “

” Dah tua pun lawa. Madhuri Dixit memang her0in kegemaran. Suka lah filem kalau dia berlakon dengan Shah Rukh Khan.. “

” Antara her0in yang paling cantik dan manis. Serius arr dah 25 tahun, aku pulak rasa tua, Madhuri nampak makin muda.. “

” Pelakon yg pandai buat expression muka. Smbil nyanyi pun cantik. Thn 1998 ceter ni popular, siap beli vcd.. “

” Citer dn lagu filem ni smua best, tengok citer ni kat wayang bawah dataran merdeka. Cantiknya Madhuri tak nampak mcm dh 55 tahun pun.. “

” Sy mse duk tngok cito ni umur 9 tahun hihiii. Mmg love ngn lakonan Madhuri, Karisma n Srk dalam filem ni.. “

” Wehhh lawa betul, tak tua2 muka Madhuri. Filem yang paling best dan smpai sekarang tengok pun tak jemu.. “

Woww memang cantik lah pelakon kelahiran Mumbai, India ini. Madhuri yang juga ibu kepada dua orang anak masih lagi aktif dalam karier lakonan dan Madhuri juga mahir dalam bidang tarian. Apa-apa pun semoga Madhuri terus berjaya dalam bidang yang diceburi serta bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG madhuridixitnene, sinar_my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..