” Cutenya mata dia, main cak-cak ye.. ” – Netizen
Genap 11 Hari Bergelar Ibu, Uyaina Arshad Kongsi Gambar Terbaru Anaknya, Raja Urhan. Tengok Mata Tu Macam Mommy Jer, Alahai Comelnya Urhan !!
Umum mengetahui yang personaliti TV dan juga pelakon iaitu Uyaina Arshad baru sahaja menimang cahaya mata sulung. Bayi lelaki yang dilahirkan pada 8 September lepas diberi nama Raja Urhan bin Raja Syahiran.
Meninjau ke akaun Instagram, Uyaina telah berkongsi gambar terbaru Urhan yang kini sudah berusia 11 hari. Walaupun Uyaina tidak menunjukkan sepenuhnya wajah Urhan, namun pastinya sangat comel.
Urhan dibalutkan dengan tuala berwarna oren dengan hanya menampakkan sepasang matanya yang comel. Ramai peminat tidak sabar menantikan Uyaina berkongsi wajah penuh Urhan yang pastinya secomel Uyaina.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian gambar Urhan ini telah menerima lebih daripada 21 ribu tanda suka daripada warganet. Ramai juga mendoakan agar Urhan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Walaupun hanya nampak mata sahaja, namun ramai yang memuji kecomelan Urhan. Antara komen-komen yang diberikan :
” Selamat berpant4ng adikku.. comelnya dia.. lion kecik ke tu.. macam mama ye baby.. tak macam baba ke pinguin .. “
” Waalaikumusalam baby nmpk mata dulu yaa, tak sabar nk tengok baby urhan comel.. main chak2 ya.. baby boy sihat2 selalu.. “
” Waalaikumsalam Raja Urhan, geng mama sangat yah Raja tecik nihhh geng Lion, nampak mata ajah cuteee banget raja tecikk nihh macam mana nanti tengok full face nya .. “
” Alololooo.. nampak mata je dah tiut lah geng mama ni.. mesti comel mcm mama handsome mcm baba ni.. “
” Alololo… omey2 budak sudah mandi.. nampak mata pun cuteee ni caneee niiii aa.. nmpk mata pon dah tau ensem boy nie.. “
” Cutenya matanya.. Subhanallah nampak mata je pun dah comel baby urhan ni… fi hifzillah yana.. alaaa babyy urhann nii comeyy.. “
” Cutenya.. nampak mata je.. Aipp baby dah pandai sk0deng ye.. Tahniah di atas kelahiran bby nya.. Tak sabar nak tengok wajah baby urhan.. “
Tahniah diucapkan kepada Uyaina dan suami atas kelahiran cahaya mata yang menjadi pelengkap hidup mereka. Semoga Uyaina dan Urhan sentiasa sihat selalu dan selamat berp4ntang diucapkan kepada Uyaina. Jaga diri baik-baik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..