” Cutenya Karl ikut Aubrey cakap, ambil hujung-hujung jer.. ” – Netizen

Video Anak Kembar Datin Paduka Eina Azman, Arianna Aubrey Dan Karl Kareef Memasak Buat Ramai Terhibur. Amboi.. Aubrey Punya Slang Tu Comel Sangat !!

Pasangan kembar yang sangat comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef antara si cilik yang sering mendapat perhatian di media sosial. Mereka merupakan anak kepada selebriti terkenal, Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Seperti ibu mereka yang gemar memasak, begitu juga dengan anaknya yang turut rajin membantu kerja di dapur. Eina sering berkongsi video resepi masakannya di laman Instagram namun kini anak kembarnya pula mempunyai minat yang sama.

Eina telah beberapa kali berkongsi video anak kembarnya itu memasak di dapur. Bagus sungguh Eina mendidik anaknya memasak sejak kecil lagi. Aubrey dan Karl diajar memasak makanan kegemaran mereka dan resepi yang mudah. Keletah mereka sangat comel dan mencuit hati.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, Eina memuatnaik video anak kembarnya itu menyediakan menu Cheese Corn D0g. Gelagat dua beradik ini sangat comel dan menghiburkan netizen. Wah, macam dah boleh buat rancangan memasak sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen ger4m melihat kecomelan pasangan kembar ini. Antara komen-komen mereka :

” Aduhaiiii comeynyer si kembar cucu tok long nih.. “

” Aubrey so cantik .. “

” Cutenya Karl ikut Aubrey cakap, ambil hujung-hujung jer.. ” 

” Aunty x nak resepi tu aunty nak pinjam chefs tu je. Comel nau.. “

” Amboi comeynyee dia so sweet.. “

” Babe.. Cute sangat ni.. Cantiknya anak dara tu dengan rambut kerinting.. “

Alahai, comel sungguh Aubrey dan Karl. Aubrey nampak macam mummy sangat dan tidak kekok berbicara. Karl pula nampak malu-malu. Nampaknya Eina sudah ada geng untuk sama-sama masuk di dapur lepas ni. Mesti seronok melayan keletah anak di dapur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eina Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..