” Copia dah masuk 2 bulan dah. Muka macam nak adik lagi je Hayla tu.. “

Kapsyen Aeril Zafrel Buat Netizen Gel1 Hati, Namun Respon Wawa Zainal Memang Win. Habislah Aeril, Wawa Dah Mengam0k. Jaga-Jaga Nanti Tidur Depan Pintu Rumah !!!

Siapa tidak kenal pasangan pelakon dan usahawan berjaya, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Mereka yang pernah bergandingan di dalam filem sehingga melahirkan bibit-bibit cinta akhirnya membawa mereka ke alam rumahtangga.

Selain lakonan, Aeril dan Wawa aktif dalam perniagaan kosmetik bernama Wawa Kosmetik di mana mereka adalah pengasasnya. Hasil usaha keras mereka, akhirnya perniagaan ini membuahkan hasil yang lumayan dan mereka kini sudah mampu bergelar jutawan.

Mendirikan rumahtangga pada tahun 2013 dan sehingga kini sudah pun dikurniakan tiga orang cahayamata. Memiliki seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan, rumahtangga mereka semakin bahagia. Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya adalah permata berharga pasangan ini.

Menerusi akaun Instagram, Aeril Zafrel telah berkongsikan sekeping gambar anak-anaknya Attar, Hayla dan Soffya. Namun yang melucukan adalah kapsyen Aeril yang mengatakan Hayla mahu adik lagi namun dibal4s oleh Wawa Zainal di ruangan komen. Kelakar suami isteri ni !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Hello semua… Copia dah masuk 2 bulan dah…. Muka macam nak adik lagi je Hayla tu @ayyasoffya.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Seronoknya dah ada 3 dah . Semua cantik-cantik.. “

” Soffya comel.. Kenan la baby cute ni.. “

” Ade mix dengan barbie ke? Awat semua macam patung.. “

” Comeynya mata soffya.. “

” Ger4mm aihhh tengok copia ni.. “

” Wawa 1 Airel 2.. “

Respon Wawa di ruangan komen membuatkan netizen terhibur.

Kapsyen Airel bukan main lagi. Hah dah kena serg4h dengan isteri kesayangan. Tapi memang comel-comel anak-anak Aeril ni. Lagi-lagi si Soffya dan semakin lain mukanya mirip kepada Wawa. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi keluarga Aeril dan kebahagiaan sentiasa menyinari sampai bila-bila.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..