” Dia boleh hafal. Pandai dan tak padan kecik. Haha “

Video Gelag4t Anak Nad Zainal, Fahad Ibrahim Menyanyi Lagu M. Nasir Buat Ramai Terhibur. Amboi, Bukan Main Lagi Gayanya. Dah Ada Ciri-Ciri Penghibur !!

Farah Nadia binti Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal merupakan seorang pelakon dan model. Beliau mula diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008 dan seterusnya muncul dalam sitkom Bl0gger Boy.

Nad menjadi tumpuan media menerusi watak Kay lakonannya dalam siri drama remaja Memberku Hawa serta peranannya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Kerana bakatnya dalam bidang lakonan, Nad banyak membintangi drama dan filem.

Beliau telah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Faliq merupakan senior Nad ketika sama-sama belajar di ASWARA sekitar tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fahad Ibrahim pada 14 Oktober 2016.

Menerusi akaun Instagram, Nad berkongsi video anaknya, Yem sedang menyanyi bersama bapanya lagu daripada M. Nasir. Menurut Nad, mereka sekeluarga merupakan peminat M. Nasir. Patutlah Yem bukan main hafal lagi lagu M. Nasir ye. Comel sangat !!

Tonton video di bawah :

” Ya kami satu rumah memang peminat M NASIR.. “

View this post on Instagram

ya kami satu rumah memang peminat M NASIR

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak ini. Antara komen-komen mereka :

” Comellll nya anak Nad.. “

” Yem memang anak melayu la. Legend ! “

” Dia ble hafal … hahahah pandai .. x pdn kecik.. “

” Bakal pelapis ni !! Steady la Yemboyyyy.. “

” Comelnya anak beran4k mcm ni .. “

” Dah ada potensi jadi penghibur dah Yem boy ni.. “

” Kenapa comel sangat niiiiii!!! “

Alahai, comel betul Yem menyanyikan lagu tersebut. Kebiasaannya, kanak-kanak seusia begini sememangnya suka menyanyi. Tambahan pula kalau lagu tersebut merupakan lagu kegemarannya pasti dia mampu menghafal lagu itu. Semoga Yem membesar menjadi anak yang baik dan soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..