” Comelnya tengok Tuanku berdua, suka tengok lah.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sultan Selangor Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor Bersiar-Siar Menaiki Beca Di Sekitar Bandar Pulau Pinang Raih Perhatian Ramai. Alahai Cantik Sungguh Tengku Permaisuri Norashikin !!
Meninjau di akaun Instagram Selangor Royal telah berkongsi beberapa gambar yang memaparkan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berada di negeri Pulau Pinang.
Paling menarik pasangan Diraja ini telah berkenan menaiki perkhidmatan beca dan telah bersiar-siar di sekitar bandar Georgetown. Difahamkan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri telah melalui beberapa kawasan pelancongan termasuk seperti Lebuh Armenian, Penang Street Art, Little India, Jalan Masjid Kapitan Keling, Jalan Buckingham, Lebuh Pasar dan Love Lane.
Kelihatan baginda berdua begitu teruja menaiki beca dan melawati tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Selain menaiki perkhidmatan beca, Sultan Selangor berkenan melakukan ‘walkabout’ di kawasan Armenian Street dan beramah mesra dengan para peniaga serta orang ramai.
Perkongsian gambar-gambar tersebut telah meraih perhatian warganet. Ada yang menyatakan suka melihat penampilan Tengku Permaisuri Norashikin yang ringkas namun kelihatan cantik. Sehingga kini gambar-gambar Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri menaiki beca telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa suka melihat pasangan Diraja ini menaiki beca. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Comelnya tengok Tuanku berdua, suka tengok lah.. Simple je tengok Tuanku Permaisuri, alahai cantik betul.. “
” Sempoi…Pakai longchamp je. Mesti org2 kt situ tak perasan atau tak sngka yg Sultan dan Tengku Permaisuri Selangor mai situ yg gaya depa mcm org biasa, very humble.. “
” Suka sesangat tengok couple ni. Semoga DYMM Sultan Selangor n DYMM Tengku Pemaisuri cinta berakhir hingga ke Jannah. In Shaa Allah.. Aaminn.. “
” Selamat datang ke Pulau Pinang buat Tuanku berdua. Cantik betul tengok Tengku Permaisuri, tak berkelip mata saya.. “
” Betuahnya orang yg bawak beca tu. Dapat melihat Sultan Dan Permaisuri dari dekat. Comeyyy nyer Tuanku berdua naik beca.. Ampun Tuanku.. “
” Ampun tuanku, sangat comel melihat tuanku dan permaisuri. Sentiasa mencuba apa yang rakyat biasa lakukan.. “
” Nampak sweet sangat lah tuanku berdua, ni baru lah raja berjiwa rakyat. Pakai pun simple je, siap ronda2 naik beca.. “
Alahai memang teruja melihat Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri naik beca. Malah penampilan Tengku Permaisuri Norashikin juga kelihatan cantik. Apa-apa pun semoga Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa hidup bahagia bersama hingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG selangorroyalofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..