” Comelnya muka twin ni. Seorang muka Alieff, seorang muka Bella.. ” – Netizen

Personaliti Media Sosial, Alieff Irfan Dan Isterinya, Bella Kongsi Wajah Penuh Anak Kembar Mereka, Ayla Medina dan Ayden Maleeq. Alahai Comelnya Dua-Dua. Seorang Muka Daddy Dan Seorang Muka Mommy !!

31 Ogos menjadi tarikh bersejarah buat personaliti media sosial, Alieff Irfan dan isterinya Bella apabila zuriat pertama mereka dilahirkan. Lebih bermakna setelah beberapa tahun menunggu untuk hamil, pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar.

Meninjau akaun Instagram Twins_aylaayden, telah dikongsikan beberapa keping gambar photosho0t bayi kembar ini. Kata Bella, ketika sesi photosh0ot ini dilakukan, Ayla Medina dan Ayden Maleeq baru sahaja berusia 43 hari.

Cerita Bella lagi, banyak berubah muka anak kembarnya ini berbanding ketika mula-mula dilahirkan beberapa bulan yang lalu. Kata orang, muka bayi akan berubah setelah 3 bulan usianya dan nyata ianya benar.

Melihat akan raut wajah Ayla dan Ayden ini, ramai yang mengatakan Ayla seiras dengan wajah Alieff, manakala Ayden pula lebih terlihat banyak persamaan dengan wajah mummynya. Seronok melihat kebahagiaan Alieff dan Bella bersama zuriat mereka ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini mendapat lebih 30 ribu likes daripada warganet. Ramai yang ger4m melihat kecomelan wajah kembar Ayla dan Ayden ini. Antara komen-komen :

” Ayla ikot muka daddy, ayden ikot muka mummy. Alaa comelnya keluarga kecil Alieff dan Bella.. “

” Muka Ayden sekali pandang ada iras anak adik Alisya. Nurun Alieff sebijik twin ni. comel sangat.. “

” Comelnya, macam pegang anugerah tapi comel g1la doo.. Banyak ikut muka Alieff kembar Ayden Ayla ni.. “

” Masyaallah comel twins semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yg soleh dan solehah dan menjadi anak yg berbakti buat ibu dan ayah.. “

” Comelnya muka twins ni, seorang muka Alieff, seorang muka Bella. Pandai bahagi sama rata ni.. “

” Bibir and mata dua-dua macam mummy dia, comel sangat semoga mmbsr dgn baik ayla and ayden.. “

” Comelnya twins ni, ayden c0py maknyaa sebijik . ayla copy daddy dia. ger4m tengok.. pinjam sehari boleh hehe.. “

” Masya Allah, ayden memang muka Bella, Ayla nampak muka Alieff. Bibir Ayla limited ye, Ayden pulak sebijk copy Bella.. “

Terjawab sudah teka teki warganet yang ternanti-nantikan untuk melihat wajah si kembar Ayla dan Ayden ini. Semoga Ayla dan Ayden menjadi anak yang soleh dan solehah serta kebanggaan kedua ibu bapa dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Twins_aylaayden, IG Alieff Irfan, IG Bellestrelle

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..