” Comelnya dia yang nak pegang, dia yang say no.. ” – Netizen
Datin Seri Umie Aida Kongsi Video Cara Mendidik Anaknya Aisha Humaira Supaya Tidak Menyentuh Barangan Hiasan Dalam Rumah. Part Nak Sentuh Tapi Tak Jadi Tu Comel Sangat Aisha !!
Umum mengetahui bahawa Datin Seri Umie Aida mengambil seorang anak angkat perempuan tahun lalu. Aisya Humaira nama yang dipilih untuk si kecil ini. Aisya yang kini sudahpun berusia setahun membesar dengan sihat dan penuh dengan kasih sayang.
Umie Aida sering berkongsikan gelagat Aisya di Instagramnya untuk tatapan peminat Aisya. Aisya yang memiliki wajah comel ini seorang yang manja dan sering diusik oleh ibu saudaranya, Erma Fatima. Kalau Mak Cun datang ke rumah, pasti mera0ng Aisya dibuatnya.
Meninjau akaun Instagram Datin Seri Umie Aida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anaknya Aisya Humaira yang mencuit hati. Umie yang sudah mula mengajar Aisya supaya tidak menyentuh apa sahaja barangan hiasan di dalam rumah nyata berhasil apabila Aisya sudah mula memahami.
Apa yang melucukan adalah gaya Aisya yang ingin menyentuh hiasan di atas meja namun automatik tangannya ditar1k kembali sampai menggeleng-gelengkan kepalanya. Alahai cepat faham ajaran ibunya ini. Bolehlah ibu deko lebih meriah lagi selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Aisya ini menghiburkan dan meraih perhatian peminat. Dengan muka cute tu lagi bertambah ger4m peminat melihatnya. Antara komen-komen mereka :
” Comelnya dia yang nak pegang, dia yang say no.. Cerdik betul dia. Comelnyaaaa dia, baik pulak tu.. “
” So smart n good girl Aisya Humaira.. Alhamdulillah.. Anak kak umie ni cepat pandai dan bijak.. “
” Good girl aisya. Betul la, cara didikan betul, betul la hasil dia kan.. “
” Pandai Aisya, budak bijak ni. Comel je, good parenting Umie.. “
” Alhamdulillah bagusnya Aisyah Humaira cepat faham.. didikan yg baik dri ibu & ayah.. semuga diberkati Aamiin YRA.. “
” Dah la comey, cerdik pulak alahai. Pandai sangat-sangat la dia.. “
Kelakar jugak tengok gaya Aisya geleng-geleng kepala tu. Sampai tergelak Umie dibuatnya, so clever la Aisya. Apa pun, memang betul kata Umie didikan awal tu penting lagi-lagi di usia Aisya ni, cepat lekat dijiwa. Semoga Aisya membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapa. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Umie Aida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..