” Bila Mira last call Zizan Razak. Pasal apa ? ” – Harajukuu.mf

Ini Respon Mira Filzah Bila Diajukan Soalan Tentang Zizan Razak. Wahh Tak Sangka Jawapan Mira Begini !!

Nama Mira Filzah pernah dikaitkan dengan pelawak sensasi Zizan Razak. Mereka pernah digandingkan bersama dalam drama Jula Juli Bintang Cinta. Keserasian dan kemesraan antara Mira dan Zizan membuatkan peminat mula mengusik adanya hubungan cinta antara mereka.

Namun kedua-duanya hanya mengakui hubungan mereka sekadar kawan biasa sahaja. Ada juga desas desus yang mengatakan Zizan kena friendzone dengan Mira. Setelah pengakuan daripada Mira mengatakan dirinya sudah dirisik orang, peminat masih lagi menunggu respon Zizan.

Sama ada Mira mahupun Zizan, mereka sangat profesional. Zizan turut mengucapkan tahniah dan berharap agar Mira berbahagia bersama Wan Emir Astar. Kini Mira semakin hampir dengan hari bersejarahnya dan peminat menanti pengumuman rasmi daripada Mira tentang tarikh pernikahannya.

Menerusi akaun Instagram Harajukuu.mf, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mira menjawab soalan daripada peminat di ruangan Google. Semua soalan yang bermula dengan soalan ‘ bila Mira’ diajukan sebanyak 8 soalan dan salah satu daripadanya tentang Zizan Razak.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Pasal apa?

A post shared by 🍿 C H i L L 🍿 (@harajukuu.mf) on

Gaya Mira yang sporting menjawab soalan ini menarik perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Knapa cute sangat Mira. Tokti junior, lembut je comel.. “

” Lawak jga mira filzah ni. Ex boyf haha cute je gelak .. “

” Ala comelnya Mira filza ni.. tak pernah tak lembut.. “

” Comel jela mira ni hahahaha. Lembut je cakap.. “

” Lahhh memang senyum2 lah tu Remy Ishak tengok this.. “

Wah terbaiklah Mira dan Zizan, masih boleh bersembang lagi. Mira pun sempat lagi melawak masa menjawab tu. Tengok senyuman dan ketawa Mira tu, bahagianya Mira sekarang. Apa pun, semoga Mira sentiasa ceria dan dipermudahkan menuju hari bahagianya nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Miraa_filzahofficial, IG mfmiirafilzah, IG Harajukuu.mf

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..