” Comelnya dia, dah swipe pastu mata jeling-jeling tengok screen telefon.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Diam-Diam Buat Swipe Challenge Guna Handphone Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Main Lagi Aafiyah Swipe Yer, Comel Sungguh !!

Bagi yang mengikuti perkembangan Dato’ Seri Siti Nurhaliza di akaun Instagramnya, pasti mengetahui selain berkongsi aktiviti kerjaya seninya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi video tentang anak-anak iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Meskipun kedua beradik ini masih kecil, jangan tak sangka mereka juga mempunyai peminat yang tersendiri. Terbaru, Dato’ Seri Siti telah memuatnaik satu video yang memaparkan Aafiyah telah menggunakan telefonnya untuk membuat video.

Dalam video itu, Aafiyah telah mencuba membuat trend ‘swipe challenge’ . Tulis Dato’ Seri Siti, dirinya tidak tahu yang Aafiyah telah mengambil handphone untuk membuat video tersebut. Gelagat Aafiyah dalam video telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan gaya Aafiyah ketika membuat video saling tidak tumpah seperti ibunya. Bahkan wajah Aafiyah yang semakin membesar dikatakan sudah persis Dato’ Seri Siti. Sehingga kini video Aafiyah itu telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di rungan komen, rata-ratanya menyukai video Aafiyah dan pelbagai respon diberikan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comelnya dia, dah swipe pastu mata jel1ng-jel1ng tengok screen telefon. Haha patut lah telefon ibu hang sebelum ni, Aafiyah byk buat video.. “

” Subhanallah pandainya Aafiyah. Cantik macam Ibunya. Harap Aafiyah membesar dan menjadi sebaik Kak Iti.. “

” Ger4mnya dgn tokti mini nihh, syomel betul dia buat video, dah pandai Aafiyah sekarang ye. Nanti jangan ajak adik plk yng join, haha.. “

” Patut lah hp ibu hang, hahahahahahaa kerja Aafiyah ni. Cantik lah Aafiyah, sebiji muka macam Datuk Siti masa muda.. “

” Muka Tokti betul lah Aafiyah ni, manisnya senyuman dia. Kita pon terikut senyum jugak tengok video ni.. “

”  Cerdiknya Aafiyah, macam buat iklan shampoo laa. Terrsenyum tengok aksi Aafiyah, swipe versi sopan.. “

” Ooo ini lah punca hp ibu hang tak dapat amik gambar elok2 dgn Gordon Ramsay, last2 terkantoi lah Aafiyah, hahaha.. “

Alahai comel sangat lah gaya Aafiyah, mata tu kemain lagi jel1ng-jel1ng. Dah besar anak dar4 Dato’ Seri Siti sorang ni, makin banyak gelagatnya. Apa-apa pun semoga anak-anak Dato’ Seri Siti akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang penyejuk hati Dato’ Seri Siti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..