” Comelnya Cik Yam masa baby, ingat Khaleeda tadi.. ” – Netizen

Fizo Omar Kongsi Video Thr0wback Dan Ucapan Istimewa Sempena Ulangtahun Kelahiran Anaknya, Wan Maryam Yang Ke 5 Tahun. Alahai Cute Sangat Cik Yam Pakai Tudung Masa Baby Tu. Sebijik Muka Adiknya, Wan Khaleeda !!

Tanggal 29 Disember tarikh yang sentiasa dinanti-nantikan oleh Fizo Omar. Hari istimewa itu adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Wan Maryam. Tahun ini genaplah usia Maryam yang ke 5 tahun.

Meninjau akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar-gambar thr0wback yang disunting menjadi sebuah video. Paparan pertama menunjukkan gambar imbasan ketika Maryam masih dalam kandungan mummynya, Mawar Karim.

Gambar seterusnya pula, kenangan indah ketika Maryam masih bayi sehinggalah Maryam besar ditunjukkan. Comel betul Maryam, memang c0py and paste muka Fizo sangat Maryam ini. Setiap gambar ada sahaja aksi posing Maryam yang cute.

Gambar ketika Maryam menemani Fizo ketika pernikahannya bersama Fazeera Nazri juga diselitkan dalam video ini. Maryam sememangnya anak yang baik dan selalu menjadi pendamping setia serta menceriakan kehidupan daddynya ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Fizo ini telahpun mendapat lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Happy birthday Cikyam… Semoga menjadi anak yang solehah kebanggaan ibubapa. Sekejap je rasa baru je tengok cik yam baby, ni dah besar cantik pulak tu.. “

” Selamat hari lahir maryam. semoga jadi anak y baik untuk ke2 org tuanya. tiap kali birthday anak ni kite pulak rasa emmm kejappp jee masee dah besar.. “

” Selamat ulang tahun buat Maryam, semoga selalu sehat, di panjangkan umur, di mudahkan rezekinya, dan semoga menjadi anak yang pintar dan Sholeha pastinya.. “

” Happy birthday Maryam yg cantik, comel, cerdik.. semoga membesar menjadi ank yg solehah buat daddy, umi, mummy.. “

” Happy birthday Cik yam comel dan bijak. Tysuuu Doakan cikyam membesar jadi anak yang baik dan penuh kasih sayang dan emphaty sesama manusia.. “

” Selamat Hari Lahir Mariam .. moga menjadi anak yg solehah dan berjya dalam semua bidang yg diceburi.. dan kakak kene jdi contoh utk adik k.. “

” Happy birthday Sweetie Maryam. Semoga sihat, menjadi anak yang bijak dan rajin belajar yea.. makin cantik maryam ni.. “

”  Comelnya Cik Yam masa baby, ingat khaleda tadi pakai tudung camtu lagi cute. Muka memang sebijik Khaleeda lah Yam ni. Muka photostat daddy sangat.. ” 

Sekejap rasa masa berlalu, Maryam sekarang sudah semakin pandai dan seorang kakak yang penyayang terhadap adiknya, Wan Khaleeda. Selamat hari lahir Wan Maryam dan semoga menjadi anak yang solehah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..