” Comelnya.. Besar nanti cantik nii.. “

Dato’ Ziela Jalil Kongsi Gambar Bersama Cucu Menarik Perhatian Netizen. Wah, Cucu Dan Nenda Sama Cantik !!

Pelakon popular zaman 80 an iaitu Puan Sri Dato’ Norzilah Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai Ziela Jalil masih aktif dalam dunia hiburan tanah air sehingga kini. Beliau juga merupakan seorang penyanyi dan model iklan sekitar tahun 1986 sehingga tahun 1990.

Sejak tahun 1991, beliau mula menjadi penerbit drama dan filem sehingga kini. Drama-drama terbitan Dato’ Ziela sering memenangi Anugerah Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin saban tahun. Walaupun ada sesetengah drama terbitannya menjadi k0ntroversi namun ia tidak mem4tahkan semangat beliau.

Baru-baru ini, Dato’ Ziela telah menerima kelahiran cucu sulungnya bernama Tun Alayna Zeeya. Anaknya, Dr Puteri Julia Nabilah telah melahirkan bayi sulungnya pada 14 Jun lalu. Kelahiran cucunya ini begitu menggembirakan hati beliau.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Ziela berkongsi gambar-gambarnya bersama cucu sulungnya ini ketika di majlis cukur jambul dan aqiqah anak kepada Azrinaz Mazhar Hakim yang berlangsung baru-baru ini. Cucunya kini hampir berusia 6 bulan kelihatan begitu comel sekali.

” #ceritasemalam  #bersamaTunAlaynaZeeya dimajlis cukur jambul #areesyamalaykha  #14june2019 #mybundleofjoy #AlhamdulillahYaaRabb #anugerahdanamanahAllah #cucunendayangsolehah “

Rata-rata netizen memuji kecomelan cucu Dato’ Ziela ini. Antara komen-komen mereka :

” Comelnya baby girl and nenda.. “

” Neny tak mcm neny, Ya Allah cntik sgguh la neny.  “

” MasyaAllah anugerah tuhan sungguh.. Dua2 cantik.. “

” Comey sgguh cucu.. Mcm ngan anak bkn ngan cucu.. “

” Comelnya.. Bsr nanti cantik ni.. “

” Makin besar makin comel.. “

” Comel sungguh budak kecik tu.. Ger4mnye.. “

Perkara yang paling menggembirakan apabila anak-anak sudah berumahtangga adalah dengan kehadiran cucu-cucu yang membuatkan diri rasa bahagia. Semoga Tun Alayna Zeeya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ziela Jalil by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..