” Comelnya abang Ayden ni. Kep0h betul dapat jumpa adik.. ” – Netizen
Bella Astillah Kongsi Video Reaksi Anaknya Ayden Adrean Kali Pertama Melihat Adiknya Ara Adreanna. Amboi Ayden Excited Sungguh. Macam Anak Patung Dibuatnya, Lucu La Ayden !!
Tanggal 18 Julai yang lalu, Bella Astillah selamat melahirkan anak keduanya seorang bayi perempuan. Ara Adreanna nama yang dipilih untuk puterinya ini. Bella yang sentiasa bersemangat dan bertenaga sehingga ke hari due date nya mengagumkan netizen.
Bella sempat menganjurkan satu majlis sambutan ulangtahun kelahiran anak pertamanya Ayden Adrean beberapa hari sebelum melahirkan anak keduanya. Apa yang menariknya ketika itu, Bella sudahpun 2 cm terbuka laluannya namun masih tetap ceria untuk Ayden.
Memandangkan pintu masuk antarabangsa masih belum dibuka, suaminya Aliff Aziz yang masih di Singapura tidak dapat bertemu Bella dan anak-anak. Mereka hanya berhubung melalui video call setiap hari untuk bertanya khabar antara satu sama lain.
Meninjau akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayden ketika pertama kali berjumpa Ara Adreanna. Bella yang ketika itu baru sahaja discharge dari h0spital terharu melihat reaksi pertama Ayden yang penuh keterujaan ini.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Ayden itu. Antara komen-komen mereka :
” Sweet nyee abg ayden, gudboy laa. Betul-betul abang sudah.. “
” Teruja betul abg dia ye, so bijak and sweet la Ayden.. “
” Ayden so loving and clever boy. Nampak ger4m di situ, penyek la adik.. “
” Aawwww so cutee lah abang. excited ada adik.. moga kamu berdua jadik anak y soleh soleha.. penyejuk hati mummy daddy.. “
” He is so excited but tak0t si abang tertekan adik nya.. dia ingat baby doll adik nya ye… “
” Ayden comelnya, excited jumpa baby ara.. “
” Comel nya abg dia ni.. kepoh btul dapat jumpa adik.. “
Seronok tengok gelagat Ayden ni, happynya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Iye lah, selalu Ayden berborak dengan adik dulu, adik tend4ng-tend4ng masa dalam perut mommy. Sekarang sudah depan mata, terujanya tu lain macam sungguh. Apa pun, semoga Ayden dan Ara sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..