” Hmm apo ! Maka bermula la orang kut0k aku ni.. ” – Michael Ang

Kongsi Video Rakaman Dirinya Sedang Mengerjakan Solat, Michael Ang Bidas Dan Warn1ng Kepada H4tersnya. Fuh Berap1 Lah H4ters Membacanya. Terbaik Mike !!

Nama Michael Ang tersohor sebagai pengarah yang berbakat dan kreatif. Mesra dengan nama Mike, sikapnya yang jujur dan mulut straight to the point memang digeruni. Mike yang becok dan bak kata orang mulut lepas memang tidak suka berselindung dan gemar bercakap benar.

Umum mengetahui Mike asalnya adalah berketurunan Cina namun Mike mendapat hidayah Allah dan memilih untuk memeluk agama Islam. Statusnya sebagai saudara Islam baru dirahsiakan daripada pengetahuan ramai setahun lamanya.

Menjadi mualaf, Mike mempelajari ilmu agama untuk mengukuhkan lagi pegangannya. Rancangan bercorak Islamik Mike bersama Mark Adam juga ada diterbitkan iaitu Mike & Mark : Diari Mualaf. Mike seorang yang penyayang dan bertanggungjawab dan ramai rakan artis yang menyenangi dirinya itu.

Menerusi akaun Instagram Michael Ang, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Mike sedang solat yang dirakam secara diam-diam oleh Uqasha Senrose. Menyedari bahawa pasti akan ada yang mengec4m dengan mengatakannya riak dan ingin menunjuk, Mike yang memberi peringatan awal supaya block IG nya ini.

Jom tonton video di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya..)

Perkongsian ini mendapat banyak komen dan kata-kata semangat daripada rakan artis dan peminat. Antara komen-komen mereka :

” Bukan menunjuk baik Mic, tapi peringatan pada kami semua, ingat kan sesama kita. Kena lihat semua benda dalam sudut positive kawan2.. ” – Nora Danish

” Alhamdulillah mike may Allah always show u the way.. ” – Nabil Ahmad

” Tak salah nak post. It’s a good example for everyone out there.. “

” You’ve just shown everybody yang solat can be done anywhere if kita actually nak. Such a great example.. “

” Takdelah mike.. Its a good thing.. People may encourage to be a better too.. “

” Serius ckp, tgk je terus dlm hati ckp, alhamdulillah.. “

” MasyaAllah. Teruskan saja beristiqamah perkara yang baik. Semoga kita semua sentiasa di dalam Rahmat Allah.. “

Ianya perkara yang baik dan boleh dijadikan pedoman oleh sesiapa sahaja yang melihatnya bahawa solat itu bukanlah perkara yang sukar dan boleh dibuat di mana-mana sahaja. Semoga Mike terus istiqamah dalam perjuangannya menjadi muslim sejati. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Michael Ang, IGs Uqasha Senrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..