” Comel suara Fateh, bijak dia memujuk mak ye.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Adam Corrie, Adam Fateh Memujuk Maknya Untuk Memberikan Adik Buat Warganet Terhibur. Alaa Comelnya Berjanji Tu, Sanggup Apa Sahaja Demi Nak Adik. Pandai Fateh Pujuk, Comel Je Dengar Suara Dia Bercakap !!
Meninjau akaun Instagram isteri Adam Corrie Lee iaitu Fazi Fuad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Fazi dengan hero kecilnya, Adam Fateh. Untuk rekod, Fateh kini sudahpun 4 tahun usianya.
Dalam video ini, Fateh meminta dengan maknya ini inginkan seorang adik. Tulis Fazi, setiap hari Fateh meminta adik. Kata Fazi kepada Fateh, sekiranya ada adik, Fateh tidak lagi boleh tidur bersama dengan mak.
Fateh menjawab dia okey sahaja dan boleh tidur di atas lantai. Amb0i ayat Fateh ni, pandai Fateh hendak memuj0k mak ye. Fazi turut menyatakan di kapsyen, usianya sendiri sudah pertengahan 40-an dan memohon doa semua agar impian Fateh ini termakbul.
Sebagaimana yang peminat tahu, Adam Corrie dan Fazi berjaya mendapatkan Fateh setelah 10 tahun usia perkahwinan mereka. Insha Allah, jika Allah mengatakan ‘ Kun Fayakun’ , maka tidak mustahil Fateh boleh mendapat seorang adik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fazi ini telahpun mendapat lebih 4000 likes daripada peminat setakat ini. Antara komen-komen peminat :
” Handsomenya Fateh, semoga impian Fateh dimakbulkan Allah. Aamin.. juga buat mak Fateh semoga sihat sihat selalu.. “
” Kes1an Fateh nak baby, boleh lah mak. Semoga permintaan Fateh dimakbulkan oleh Allah. Aamin.. “
” Alahai.. alahai… kes1annya fateh.. InsyaAllah.. usaha tangga kejayaan. Semoga Allah mendengar permintaan Fateh.. “
” Pandailah Fateh ni… moga maqbul doa Fateh tu. InsyAllah tiada yg mustahil kalo Allah berkehendak.. semoga fateh dpt adik baru yea.. “
” Muka ayah dia sangat ni. Aamin semoga hajat Fateh dimakbulkan oleh Allah swt. Mendapat adik yg solehah, cute macam fateh juga.. “
” Handsome nya anak soleh ni, nak adik ye.. insyaAllah, moga Allah makbulkan permintaan Fateh ..mak dapat baby lagi.. “
” Argghhhh bijaknyaaa fateh, .smoga dipermudahkan rezeki akak. mana tahu tahun depan ada berita gembira.. “
” Comel suara Fateh, bijak dia memujuk mak ye. Cute je dia request, good brother Fateh ni. Semoga Allah makbulkan impian Fateh nak dapat adik.. “
Petah Fateh sekarang, cara bercakap pun lembut sahaja dengan mak. Fateh hendak adik, Insha Allah ramai yang tolong mendoakan agar permintaan Fateh ini dimakbulkan. Semoga Fateh menjadi anak yang soleh selalu untuk mak dan ayah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Puan Fazi Fuad, IG Adam Corrie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..