” Comel sangat-sangat, macam mommy ni.. ” – Netizen

Mona Allen Kongsi Gambar-Gambar Photosho0t Anaknya, Petra Pekin Raih Perhatian Warganet. Alahai Comelnya Petra Berbalut, Baik Je Tidur Lena !!

Tanggal 31 Ogos, di saat semua orang sedang bergembira menyambut Hari Kemerdekaan negara, pelakon Mona Allen dan Pekin Ibrahim juga mendapat kegembiraan berganda dengan kelahiran cahayamata sulung mereka.

Memilih nama Petra Pekin buat si kecil ini, kini Petra hampir 2 bulan usianya. Pada perkongsian terdahulu, Mona ada berkongsikan gambar Petra yang sedang duduk di atas baby swing. Gambar Petra yang bamb4m ini mendapat perhatian peminat.

Meninjau entry terbaru Mona Allen di akaun Instagramnya, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan gambar photosho0t Mona bersama baby Petra. Petra ketika ini masih kelihatan kecil dan halus sahaja.

Seperti ibu bapa lain, photosho0t sebegini adalah sebagai kenangan untuk dilihat pada masa akan datang. Comel sahaja Petra yang dibalut badannya ini, lena betul tidurnya itu. Gambar mereka sekeluarga juga dapat dilihat menerusi akaun Instagram Newborn.heartshotfocus.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Mona ini telahpun meraih lebih 10 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan :

” Alhamdulillah bestnya sayangku. Such a sweetheart, indahnya cute sangat macam mommy dia.. “

” Alhamdulillah tahniah, semoga Allah memberkati kamu. Syukur comel sangat baby Mona ni.. “

” Comel sangat Petra, alhamdulillah tahniah tahniah. Semoga anakanda menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat.. “

” Comelnya budak busyuk mashamm ni, baby so cute. Makcik lawa pak hehe. happy family, alhamdulillah.. “

” Masya Allah, lovely so adorable baby. Comel sangat-sangat, macam mommy ni cantiknya. Putih gebu.. “

Melihat daripada badan Petra yang masih kecil itu seperti baru beberapa minggu sahaja usianya. Bayi dalam usia ini kegemarannya tidur sahaja dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Mudah sesi photosho0t berjalan, lena sangat tu Petra.

Tahniah sekali lagi Mona dan Pekin atas kurniaan Allah ini. Semoga Petra Pekin menjadi anak yang soleh, insan yang berbudi pekerti dan baik tutur katanya kepada semua orang di sekeliling apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mona Allen, IG Newborn.heartshotfocus

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..