” Comel lah tengok Tok Wan dan cucu sama-sama tiup api lilin.. ” – Netizen

Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Video Sekitar Sambutan Majlis Hari Lahir Suaminya, Tan Sri Azmi Khalid Serta Menantunya. Alahai Happy Family Lah, Comel Tengok Cucu-Cucu Puan Sri Normala !!

Semestinya nama Puan Sri Normala ini dikenali ramai. Memulakan karier sebagai wartawan sebelum diberi kepercayaan sebagai penyampai televisyen dengan pembaca berita, bakatnya kian terserlah. Popularitinya sebagai pengacara buat ramai mengidolakan Puan Sri Normala sebagai sumber inspirasi.

Namun setelah bergelar isteri kepada Tan Sri Azmi Khalid, kelibat Puan Sri Normala sudah jarang nampak dalam arena seni. Kehidupannya sekarang lebih tertumpu dalam menguruskan rumah tangga dan kini Puan Sri Normala menetap di negeri Perlis.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Puan Sri Normala telah berkongsi satu video sempena sambutan hari lahir suaminya. Kongsi Puan Sri, sambutan hari lahir itu juga turut meraikan hari lahir menantu perempuannya yang hari lahirnya selang sehari sahaja.

Menerusi video tersebut, kelihatan ada bersama adalah anak-anak sertu cucu-cucu. Selain itu, menerusi kapsyen, Puan Sri Normala berkongsi kata ucapan istimewa khas untuk suaminya dan menantu tersayang.

Tonton perkongisan video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata turut memberikan kata ucapan selamat haru lahir kepada Tan Sri Azmi Khalid. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happy Birthday Tan Sri. Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan, kegembiraan yang sempurna, keluarga yang bahagia, dunia dan akh1rat.. “

” Happy birthday Tan Sri. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan n dilindungi Allah selalu. Aamiin.. “

” Happy birthday Tan Sri Azmi semoga Allah sentiasa merahmati Tan Sri selalu. Comel lah tengok Tok Wan dan cucu sama-sama tiup api lilin.. “

 ” Wahh nampak meriah. Selamat hari lahir Tan Sri, semoga terus bahagia bersama isteri, anak-anak dan cucu2 selalu.. “

” Happiest Birthday to Ever Tan Sri Dato Azmi Khalid. May Allah bless you and your family . Cute tengok gaya Puan Sri Normala menyanyi happy birthday utk husbnd.. “

” Happy besday TSAK dan menantu, smoga sentiasa dalam rahmat Allah swt. Dec born mmg awesome kak, Hihi.. “

” Selamat Hari Lahir Tan Sri,  smoga hidup bahagia bersama Puan Sri  sampai ke jannah, diberikan kesihatan yang baik-baik, amin.. “

Meriahnya sambutan hari lahir Tan Sri Azmi, lebih-lebih lagi diraikan bersama keluarga tersayang. Apa-apa pun, di kesempatan ini kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Tan Sri Azmi, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Normala Samsudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..