” Comel lah dia, lawa macam anak mat salleh.. ” – Netizen

Sempena Ulangtahun Kelahiran Anak Faezah Elai, Aurora Heyricca Yang Ke 7 Tahun, Perkongsian Video Aurora Dari Kecil Sehingga Sekarang Raih Perhatian Ramai. Memang Comel Sangat Aurora Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram Faezah Elai, perkongsian terbaru Faezah telah meraih perhatian ramai. Faezah telah memuatnaik sebuah video sempena hari lahir anak keduanya, Aurora Heyricca yang ke 7 tahun.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Aurora dari kecil sehingga gambarnya yang terkini. Aurora sememangnya sangat comel dari kecil dan kini membesar menjadi seorang kanak-kanak yang sangat cantik.

Jika dilihat Aurora seperti wajah anak mat salleh kan. Tambahan pula Aurora juga sangat fasih berbahasa Inggeris seperti kakaknya juga, Dealova Heyrinna. Sekejap sungguh masa berlalu, Aurora sudah makin besar.

Menurut Faezah, dia membuat posting ini kerana Aurora gemar melihat akaun Instagram ibunya. Faezah turut menitipkan doa buat Aurora agar menjadi anak yang solehah dan bersyukur akan kehadiran Aurora dalam kehidupan Faezah menambahkan lagi rasa bahagia.

Jom tonton video di bawah :

Antara video Aurora yang pernah dikongsikan :

Di ruangan komen, beberapa ucapan hari lahir diberikan kepada Aurora. Antara komen-komen yang dberikan oleh netizen :

” Happy Birthday Beautiful Aurora Wishing you a blessed year little princess.. ready you muahh.. semoga jadi anak solehah.. “

” Happy birthday princess aurora..  segaknya.. suka tengok.. Fuh lawo mcm anak mat Saleh anak anak mu adik.. “

” Happy birthday, comel lah dia.. oklah confirm menantu, lock.. haha, bijak acik suka.. aduh, anak dara ni cantik.. “

Tidak seperti anak selebriti lain, kedua-dua cahaya mata Faezah ini tidak mempunyai akaun media sosial mereka sendiri. Faezah menjadikan akaun miliknya sahaja untuk berkongsi apa sahaja mengenai anak-anaknya.

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 7 tahun kepada Aurora Heyricca. Semoga menjadi anak yang baik, bijak dan taat kepada perintah agama. Semoga berjaya dalam kehidupan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faezah Elai

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..