” Comel je anak dia nyanyi lagu Nirmala.. “
Video Peminat Cilik Dari Portugal Menyanyikan Lagu Nirmala Untuk Dato’ Siti Nurhaliza Buat Netizen Rasa Kagum. Wah, Merdunya !!
Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza, pastinya seluruh rakyat Malaysia mengenalinya. Dato’ Seri Siti Nurhaliza binti Tarudin atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza sememangnya mempunyai ramai peminat. Beliau merupakan penyanyi nombor 1 Malaysia dan juga penghibur nombor 1 Asia.
Dato’ Siti memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sepanjang kerjayanya, Dato’ Siti telah memenangi pelbagai anugerah dalam industri muzik.
Sehingga kini beliau telah memenangi hampir 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Dengan ini beliau telah muncul sebagai satu-satunya penyanyi Malaysia yang paling berjaya di dalam sejarah Industri Muzik Malaysia .
Menerusi akaun Instagram, satu video Dato’ Siti bertemu peminatnya dari Portugal dikongsikan. Apa yang menarik, peminatnya itu menyanyikan lagu Nirmala buat Dato’ Siti. Wah, hebatnya orang Portugal boleh menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
Tonton video di bawah :
” Wahhh!! Even dari Portugal pun ada peminat setia @ctdk Comel je anak dia nyanyi lagu Nirmala..Β “
Rata-rata netizen terharu melihat reaksi peminat Dato’ Siti yang menang1s dapat berjumpa dengan Dato’ Siti. Antara komen-komen mereka :
” Nang1s dowh jumpa idol.. “
” Nang1s bapa budak tu.. “
” Siti still the best.. “
” Jadi anak angkat dik.. “
Wah, sedap juga orang Portugal menyanyikan lagu Nirmala. Ini betul-betul peminat setia Dato’ Siti Nurhaliza kerana sanggup datang jauh dari Portugal semata-mata ingin berjumpa dengan idolanya. Ternyata Dato’ Siti sememangnya mempunyai peminat di seluruh negara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Senang Terhibur by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..