” Comel ! Excited Aafiyah dengar suara ibu.. “

Aafiyah Terpeg0n Melihat Dato Siti Nurhaliza Di Pentas Namun Reaksinya Apabila Mendengar Suara Ibunya Menyanyi Menarik Perhatian Ramai. So Kiut !!

Anak kepada pasangan popular Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa ini sememangnya dikenali ramai. Diberi nama Siti Aafiyah Khalid, namanya popular sebaris dengan anak-anak selebriti yang lain. Aafiyah yang membawa maksud perlindungan Allah ini merupakan permata berharga buat pasangan Dato Siti dan Datuk K.

Penantian 11 tahun untuk mendapatkan zuriat memberikan mereka suatu kepuasan dan kenikmatan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Aafiyah kini sudahpun berusia setahun dan dia kian membesar dengan cerdik dan cerdas.

Dato Siti yang sering sahaja membawa Aafiyah mengikutinya semasa persembahan dan konsert membuatkan semua mata tidak lepas memandang anaknya ini. Aafiyah sememangnya dilihat anak yang pemurah dengan senyuman disamping sudah mula cerdik dan pandai berkata-kata.

Menerusi akaun Instagram ctaini77, telah dimuatnaik satu keratan video di mana Afiyah kelihatan asyik melihat ibunya Dato Siti Nurhaliza sedang menyanyi sambil mulutnya memanggil-manggil ibu ibu. Alahai Aafiyah anak ibu cerdiknya !

Jom tonton video di bawah :

” Comel! Excited Aafiyah dengar suara ibu @ctdk.. “

View this post on Instagram

Comel! Excited Aafiyah dgr suara ibu @ctdk 💖💖💖 .. • • ✨ Sehingga 31/12/2019, Setiap belian SIMPLYSITI lebih RM120 dlm 1 resit akan dpt Free Gift Box merah ❤ Ekslusif.. dan berpeluang memenangi Fun Day Out dgn Dato Siti Nurhaliza @ctdk #SimplysitiDihati2019 ✨ • • ✨ Sesiapa nk order produk SIMPLYSITI & BeauSiti, sila whatsapp 0192195015.. ✨ #SayaJualSimplySiti #SayaJualBeausiti #SayaAhliElitSimplySiti #SSE00040 cc @officialsimplysiti_elit • • #SIMPLYSITI #ForTheBeautyInYou #SelaraskanCantikmu #BEAUSITI #BeauSitiBySIMPLYSITI #BeautEssence #SolusiKecantikanHolistik #beausitimelengkapimu #aafiyahanakibu #ibuaafiyah #ctdk #sitinurhaliza #ctnurhaliza #datositinurhaliza #DatoSriSitiNurhaliza #DatoSeriSitiNurhaliza @officialsimplysiti_elit @tupperware_ctaini @ctaini77 #sitizoner #sitizoners #SimplysitiProdukHalal #PosSeluruhMalaysia

A post shared by Ct Aini (@ctaini77) on

Rata-rata netizen terhibur melihat kelagat Aafiyah itu. Antara komen-komen netizen :

” Focuussss ke ibuuu yang lain dicuekiinnn.. “

” Comelnya tengok ibunya.. “

” Pandaaaiii.. “

Gelagat Aafiyah sememangnya akan menjadi perhatian ramai. Lagi-lagi di majlis-majlis sebegini semua mata tertumpu kepada Aafiyah. Itu baru sedikit Aafiyah bercakap, bayangkan nanti bila dah petah lagi gamat dibuatnya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah dikurniakan kesihatan dariNya dan membesar dengan sihat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctaini77 by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..