” Comel baby AJL, mata cantik bulat. Wajah iras ibu sangat ni.. ” – Netizen
Wajah Terkini Anak Kedua Hafiz Suip, Alkaf Zayne Jadi Perhatian Peminat. Alahai Alkaf Sebijik Muka Mommy Betul Lagi-Lagi Part Mata Tu. Comel Sangat !!
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Cinta Kita, Hafiz Suip bukan nama baru dalam industri hiburan negara. Hafiz yang dicungk1l bakatnya daripada rancangan realiti Akademi Fantasia membuktikan dirinya berbakat besar dalam bidang nyanyian. Dendangan dan vokal suara Hafiz sememangnya mengagumkan dan selalu menarik perhatian peminat.
Pada Anugerah Juara Lagu yang lalu, Hafiz dinobatkan sebagai vokal terbaik. Pasti peminat masih mengingati persembahan bertenaganya pada malam itu. Yang menariknya, Hafiz menampilkan isterinya Nureffy Jasreel Abdullah di pentas AJL yang ketika itu sedang sar4t hamil anak kedua mereka.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Riyadh Zafri. Selang beberapa minggu selepas berlalunya AJL, Effy selamat melahirkan anak kedua mereka yang juga seorang bayi lelaki dan dinamakan sebagai Alkaf Zayne.
Meninjau akaun Instagram Nureffyj, telah dikongsikan sekeping gambar yang menunjukkan wajah terkini anak keduanya Alkaf. Si kecil ini yang mewarisi raut wajah cantik Effy buatnya kelihatan sangat comel. Tengok sahaja matanya yang bulat itu, sah-sah mata Effy.
Jom baca perkongsian di bawah :
Wajah Alkaf yang cute ini memang mirip betul dengan wajah mommynya. Ini menarik perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :
” Hensem nya mcm abg nya juak. Muka mummy sangat.. “
” Kiutnya handsome boy. Muka mommy, Mata cantik bulat. soo cute.. “
” SubhanAllah handsome boy. Sebijik muka bonda. Alhamdulillah. Moga membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhir4t… Aamiin.. “
” Cute mcm gegurl jak muka nya, ensem boy.. “
” Comel baby Ajl. Wajah iras ibu sangat ni.. “
” Comel macam muka kakak Fy. Cute sangat.. “
Terserlah betul wajah Alkaf yang c0py paste Effy ini. Mata bulat Alkaf dan senyuman manisnya itu boleh membuatkan hati orang melihatnya berbunga-bunga. Apa pun, semoga Alkaf membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa dewasa kelak. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Effy Jesreel, IG Hafiz Suip
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..