” Cik Ani punya spontaneous tu memang win.. ” – Netizen

Chef Wan Kongsi Video Sambutan Hari Lahir Qamal Daud, Namun Gelagat Ibunya Cik Ani Meniup Lilin Kek Qamal Buat Ramai Terhibur. Alahai Cik Ani Ingat Kek Birthday Dia Lah !!

Selebriti popular, Datuk Chef Wan membuktikan beliau merupakan seorang anak yang menyayangi dan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang. Sering berkongsi video bergurau dengan ibunya di laman media sosial buat ramai yang terhibur dan tidak jemu untuk menanti akan perkongsian video Cik Ani seterusnya daripada Chef Wan.

Chef Wan juga dilihat tak pernah jemu dan penat melayan ibunya, malah tidak kekok untuk membawa bersama ke mana-mana majlis keramaian dan keraian. Sikap seperti ini harus dicontohi, walaupun Chef Wan dikenali ramai dan sibuk dengan jadualnya, dia masih menjaga kebajikan ibunya dengan baik.

Maka tidak hairan rezeki Chef selebriti ini sentiasa murah kerana dia mengutamakan ibunya dari segi hal. Untuk rekod, Chef Wan merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik. Dia merupakan Chef yang terkemuka dan berjaya dan dikenali ramai mahupun dalam negara dan luar negara.

Hasil tinjauan di Instagram Chef Wan telah berkongsi satu video yang memaparkan majlis sambutan hari lahir Qamal Daud iaitu pendandan rambut terkenal. Namun rag4m ibu Chef Wan iaitu Cik Ani menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada Qamal dan telah meniup lilin kek hari lahir Qamal membuat sesiapa sahaja melihat pasti ketawa.

Ikuti perkongsian video tersebut  di bawah :

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat Cik Ani menerusi video itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Omggg,  abg Wannn,  i gelak sangat, mak sooo cute may Allah bless her always.. “

” Ok jer acik Ani tiup… Its fun..  Semua happy.. “

” Hahahahaa masha Allah cik ani comel sangat, lawa sangat pakai tudung colour tu.. “

” SHE’S SOOOO CUTEEE. I CAN’T STOP WATCHING.. “

” Cik Aini … Nape cute sangat nih, suka tgk Cik Aini.. Happy Birthday Qamal ..

” Happy tengok gelagat C Ani, comel dia.. “

” Hahahah.. Ulang balik tgk, cute Cik Ani.. “

” Hahaha h4ntam sajalah Cik Ani…. Dia punya spontaneous tu mmg win ! “

Alahai semangat betul Cik Ani menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk Qamal. Aksi spotan Cik Ani tiup lilin itu buat ramai terhibur. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga ibu Chef Wan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia bersama keluarga. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan, Serina Redzuawan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..