” Cari menantu, bukan cari h4ntu.. “
Ibu Neelofa Minta Neelofa Cari Jodoh Yang ‘Lebih’ Daripadanya. Tak Sangka Rupa-Rupanya Ini Sebabnya !!
Neelofa bukanlah satu nama asing di dalam dunia hiburan tanahair. Gadis kelahiran Kelantan ini memiliki wajah kacukan yang sangat jelita dan menawan hati siapa sahaja yang melihatnya. Neelofa mula menceburi bidang hiburan apabila pertaruhannya memasuki pertandingan Dewi Remaja membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut.
Bertitik tolak dari situ, nama Neelofa terus disebut-sebut. Banyak menjayakan drama TV dan filem, Neelofa juga terlibat di dalam dunia pengacaraan dan perniagaan. Otaknya yang geliga sentiasa memikirkan perkara baru dan antaranya mengeluarkan tudung moden berjenama Naelofar Hijab dan juga produk Nilofa Susu Pisang.
Kejayaan demi kejayaan dikecapi gadis jelita di dalam karier seninya hinggakan terlalu sibuk untuk memikirkan hal cinta. Pernah digosipkan hubungan cinta dengan Fattah Amin, namun itu hanyalah khabar angin semata-mata dan sehingga kini Neelofa masih belum menunjukkan dirinya sudah menemui insan istimewa.
Pada 8 Januari, telah berlangsung majlis anugerah ‘Nona Top Beauty Entrepreneur’ yang mana dihadiri oleh ramai usahawan berjaya antaranya Dato Aliff Syukri, Dato Seri Vida, Neelofa dan ramai lagi. Kesempatan berkumpul ini digunakan oleh Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida untuk bertanyakan soalan cepu emas buat gadis cantik jelita ini.
Neelofa yang hadir ke majlis bersama ibunya, Datin Noor Kartini diterj4h oleh Dato Aliff namun jawapannya menjawab semua persoalan berkaitan jodoh Neelofa. Jawapan yang padu dari ibunya hanya mampu diiyakan sambil menganggukkan kepala.
Rata-rata netizen gembira dengan perkongsian dari Datin Kartini itu. Antara komen-komen netizen:
” Cantik neelofa.. Cari menantu bukan cari h4ntu.. Setuju-setuju.. Hensem smart dato. Semoga dipermudahkan urusan dato sekeluarga dan dimurahkan rezeki.. “
” Cari suami yg boleh bimbing kita sampai ke syurga neelofa.. “
” Neelofa sejak jual susu nilofa pisang , eyeshedo pun warna pisang… Hihihi.. “
” Bila la nealofa tu kawen… Hehe.. Semoga dicepatkan jodohnya.. Hehe.. “
” Betul kataa mak nealofaaa , kena cari yang atas dari dia baru adaa respect.. Cari menantu bukan hantu.. “
” Petikan ayat mak lofa.. Sebenarnya rase hormat tu bukan pada tinggi martabat atau kerjaya atau duit seseorang.. Tetapi rase hormat tu sebab nak kejar yang kekal kat akhirat.. Kat dunia ni kalo lofa dapat suami bawah daripada taraf atau rank dia.. Dia pilih dunia, daripada kehidupan abadi di akhirat.. Dia tak hormat suami.. Jadinya sementara jela.. “
Tiada ibu yang mahukan yang bur0k untuk anaknya kerana naluri seorang ibu pastinya mahu yang terbaik di antara yang terbaik untuk kehidupan anak. Bagus cara Datin Kartini dalam menangani pertanyaan berkenaan jodoh Neelofa ini. Mungkin ada yang memenuhi ciri-ciri yang disebut bolehlah mencuba nasib.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Neelofa akan ditemukan dengan seseorang yang mampu membimbingnya dan menjadikan kehidupan Neelofa bahagia dunia dan akhirat. Aamin..
Sila tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Neelofa, IG Majalah Nona, Youtube Channel TV Terlajak Laris by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..