” Cara yang salah untuk baby gunakan pelampung.. “

Diteg0r Netizen Kerana Berkongsi Video Anaknya, Isabella Mandi Di Dalam Kolam Renang. Ini Respon Nurul Depp..

Nurul Wahab atau Nurul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita. Nama sebenar beliau ialah Noorulhuda binti Abdul Wahab. Nurul telah lama menyepi dalam industri hiburan sejak mendirikan rumahtangga kali kedua pada tahun 2012.

Nurul telah berkahwin dengan seorang lelaki dari Perancis bernama Eric Daniel Depp. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki dan seorang perempuan bernama Zachary, Raphael dan Isabella. Sebelum itu, Nurul pernah berkahwin dengan komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists iaitu Ajai.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Nurul dan Ajai dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah. Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercer41 pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.

Menerusi akaun Instagram, Nurul berkongsi video anaknya, Isabella sedang mandi di kolam renang. Menurut Nurul, Isabella satu-satunya anak beliau yang tidak takut diletakkan di dalam kolam renang. Aksi Isabella di dalam kolam renang begitu menarik perhatian netizen.

Tonton video di bawah :

” Isabella Depp first swim! Lambat sikit. Kakak dan abang2 dia umuq 6 bulan. Isabella mai pool 8 bulan setengah. . Jangan tanya kami mana kami beli float tu sebab dah lama. Lupa dah! 7 tahun lepaih dari zaman #zacharydepp masa baby dulu . Dia ni memang water baby! . “

Rata-rata netizen memuji kecomelan Isabella. Antara komen-komen mereka :

” Pandai nye Isabella swim.. x takut pun.. laki hang mcm van dam la nurul hihi.. “

” Huuiisshhh… siap buat pusing pusing niii… nampaknya.. ada nak jadi atlet aquatik niiii.. “

” Comeyyy Isabella.. Cepuk2 air tu.. “

” Suke Isabella dpt main air.. senyum dier tu yg x bole thn.. cute yg amaT.. “

” Sukanya Isabella main ayaq.. “

” Nurul kite dgr abg u sebut Allah Allah.. btul ke…?? . Comey jee.. Wat a happy family .. “

Namun ada netizen yang menegur pelampung yang digunakan oleh Nurul untuk anaknya itu :

Sebenarnya di kapsyen video tersebut juga Nurul ada menyatakan pelampung tersebut sudah lama dibelinya. Mungkin netizen tersebut tidak perasan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Isabella membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah di dunia dan juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nourul Depp by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..