” Cap ibu dan anak, salinan muka mummy.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Fizo Omar, Wan Khaleeda Yang Kini Berusia Hampir 5 Bulan Bersama Ibunya, Fazeera Raih Perhatian Ramai. Eh Memang Photostat Muka Mummy Lah, Comel Sangat !!

Wan Khaleeda merupakan anak kedua Fizo Omar menerusi perkahwinannya buat kali yang kedua bersama Fazeera Nazri. Kini usia Khaleeda hampir 5 bulan dan perkongsian gambar terbaru di Instagram isterinya ini telah meraih perhatian ramai.

Fazeera telah berkongsi gambarnya bersama Khaleeda di dalam sebuah kenderaan. Di ruangan kapsyen, Fazeera menyatakan yang ramai berkata wajah mereka berdua nampak seiras antara satu sama lain.

Menurut Fazeera lagi, ia merupakan pujian yang amat membanggakan buat dirinya. Mestilah seronok apabila si anak banyak mewarisi wajah si ibu yang mengandungkan selama sembilan bulan. Tambahan pula Fazeera merupakan seorang wanita yang cantik.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka daripada warganet buat masa ini. Semestinya wajah Khaleeda menjadi tumpuan ramai kerana ia jarang-jarang dikongsikan di media sosial. Khaleeda juga nampak semakin m0ntel.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan menyatakan wajah Khaleeda banyak seiras dengan ibunya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Kedak muka ktk jak.. Aiee.. kacak muka nya ba.. nang kedak muka ktk.. Nang seiras nar baby ngan mommy eh. Sweet.. “

” Cap ibu dan anak, sebijik.. Cuteness overload… Salinan muka mummy.. mummy tetap lawa.. comelnya baby.. “

” Cucu nurun muka tokma ni, comel.. Wow you looking so gorgeous as well .. Eh macam adik dngan akak ehhe.. “

” Indeed ur bby princess much alike u.. cantik dia.. mak n anak duak2 mcm patung.. nang kacak umi ffezyranesry.. “

” Sebijik umi dia.. ada iras tok manya juga.. beautiful mummy.. rindu baby comel ni..  mummy so g0urgeous as well.. “

” Masha Allah so cute both of u.. Muka mummy, comel macam mummy.. sama muka mummy so cute.. h0t mummy.. “

 ” Mummy khaleeda always beautiful.. khaleeda also so cute.. ger4m lihat muka si bulat ni, comel macam mummy.. “

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Pastinya Khaleeda akan membesar secantik ibunya juga. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Wan Khaleeda membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazeera Nazri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..