” Cantiknya pakai tudung, macam wanita Arab.. ” – Netizen

Video Che Puan Sarimah Ibrahim Mengenakan Hijab Raih Perhatian Peminat. Wah Lawa Sangat Bila CP Sarimah Pakai Tudung Bawal, Nampak Muda Remaja Gitu !!

Che Puan Sarimah Ibrahim bukan nama asing untuk para peminat seni tanahair. Pernah menyepi seketika dari dunia hiburan, CP Sarimah muncul sebagai pengacara di rancangan Vazz Vaganza bersama gandingannya, Keanu Azman.

Selain pengacaraan, CP Sarimah juga sering diundang sebagai tetamu untuk acara bual bicara. Meninjau akaun Instagram CP Sarimah Ibrahim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan CP Sarimah meminta pandangan daripada peminat berkenaan tudung yang ingin dipakainya.

Kata CP Sarimah, dia akan terlibat dalam satu acara di bawah Mercy Mission dan sebagai persediaannya, CP Sarimah perlu menyediakan pakaiannya termasuk tudung. Keliru untuk memilih warna grey atau purple, CP Sarimah mengenakan kedua-dua tudung ini untuk diundi oleh para peminatnya.

Melihat keayuan CP Sarimah mengenakan tudung, ianya mendapat pujian daripada ramai peminat. Komen peminat, lebih terserlah wajah mat salleh CP dan tidak kurang juga yang mengatakan wajah CP apabila berhijab seperti wanita Arab.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh CP Sarimah ini telahpun meraih perhatian warganet. Ramai yang terpegun melihat kecantikan CP Sarimah apabila mengenakan hijab dan antara komen-komen :

” So pretty che puan Sarimah Ibrahim, Masya Allah. Setakat ni grey menang, setakat ni. sooo gorgeous ur in hijab clean flawless look.. “

” CPS bole pakai apa saja color.. nak nampak elegant dan berkarisma mungkin hitam purple tu.. nak nampak ayu manis Kelabu tu.. tapi dua2 pun cantik Kat kulit CPS.. “

” Macam Dr. Halina wife Dr. Sheikh Muzaffar. Tapi, versi muka kurus. Dalam gambar pun u tetap cantik.. Cantik nya pakai tudung, macam wanita Arab.. “

” Masya’allah… subhanallahhh… anak patung ke ni. Both oso cantik on you. But personally i prefer the darker one with splash of purple. Double the seri with yr skin colour.. “

” Cantik sangat sangat sangat, pakai la apa pon ttp cantik cp…pakai tudung bawal macam tu nampak makin muda cp.. “

” Cantik mat Salleh mix ni mah. cantik ny pakai tudung, sejuk mata memandang. Dua2 sis pakai teramat cantik .. apa Kaler pun cantik sis.. “

” Macam orang Arab, macam muka orang Bosnia pun ye. so pretty cp sarimah ni. Grey tu nampak lebih ayu.. “

Grey atau purple, kedua-duanya sesuai untuk CP Sarimah. Apa yang pasti lebih terserlah keayuannya dan nampak remaja apabila berhijab sebegini. Semoga segala urusan CP Sarimah dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sarimah Ibrahim 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..